Duit oh Duit !!!!!

Pernah, orang berkata,

                  “duit bukan segala-galanya dalam dunia ini, tapi segala-gala dalam dunia ini memerlukan duit….!!!”

Mungkin benar kata-kata itu, malahan aku amat bersetuju…. Dalam dunia kita yang semakin ke hadapan ini, duit memainkan peranan penting dalam menentukan keceriaan dan kebahagiaan kehidupan kita… Tanpa duit, hidup kita jadi tak keruan, walaupun memang ada benarnya sesetengah pendapat yang mengatakan, duit bukan penentu kebahagiaan…. (Itu, pendapat orang yang berduit le… kalau ditanya pada orang yang tak pernah cukup duit, mungkin jawapannya berlainan…)

Lagu juga pernah dicipta, menunjukkan betapa manusia memerlukan duit dalam dunia ini,

              “duit duit, dimanakah duit…

               duit duit hutang ku membukit…”

Dengan kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi, hidup kebanyakan orang makin tertekan. Tidak mustahil, dengan keadaan yang mendesak ini, hutang yang sedia ada tidak terbayar, malah makin membukit seperti yang tertulis dalam lirik lagu di atas.

Bagi yang bekerja makan gaji, sentiasa mengharapkan kenaikan gaji bagi menampung kehidupan seharian yang semakin terdesak dan menghimpit…. “Gaji belum naik, barang dah naik berlipat ganda“, antara keluhan dan rintihan yang biasa didengar….

Bagi yang berniaga juga, sering kedengaran rungutan mereka dalam hal yang berkaitan…antaranya … “bisnes makin slow la…. orang dah tak berani berbelanja…“. Manakan tidak… gaji tak naik, duit tak cukup, harga barang dah melambung…. terpaksalah catu perbelanjaan… Belanja pada yang perlu aje…. kadang-kadang yang perlu pun terpaksa dicatu jugak… Nak buat cam mana… keadaan yang memaksa…!!!

Mungkin bagi CEO-CEO yang ada kat Malaysia ni, tak merasakan apa yang pekerja-pekerja bawahan mereka rasa, dan tak sedar betapa mengharapnya golongan ini akan kenaikan gaji bagi menampung keperluan hidup seharian. Dalam keadaan sekarang ni, kenaikan gaji bukan bermakna dapat bermewah-mewah, tapi cukup sekadar menampung kenaikan harga barang yang telah lama naik….

Bagi yang kurang berduit, sentiasa mengeluh dan risau memikirkan bagaimana hendak memenuhi keperluan dan desakan hidup yang semakin hari semakin meningkat…belanja dapur… persekolahan anak… bil-bil yang perlu dijelaskan setiap hujung bulan dan berbagai lagi…. Bagi yang banyak duit pulak, mungkin mengeluh dan risau kerana sering menjadi sasaran penculik, perompak yang tak jemu-jemu mengintai peluang untuk merampas harta kemewahan dan kekayaan mereka…

Semua ini terjadi kerana duit. Ini menunjukkan betapa duit mempengaruhi kehidupan kita seharian… Nak ke tandas pun kena keluar duit…Inikan pula dalam urusan seharian kita yang lain.. Nak buat cam mana….. “segala-gala dalam dunia ini memerlukan duit, walaupun duit bukan segala-galanya dalam dunia ini….”

Uwaaaa!!!! Bila nak naik gaji???? Berapa persen???? Banyak ke arrears yang bakal dapat?????

 

6 comments

  1. Rizal

    Sikit lagi naiklee gaji 2, usah risau lagi lama lagi banyak kurang2 abg am dalam tangan pun RM6 ke 7 ribu2 tau masuk naik gaji dalam RM500 plus2

    Dah hampir sgt2 2

Leave a comment