Tagged: gaji oh gaji !!!

Minyak naik lagiii!!!! Parah la macam nie !!!!

Horeeeyyyyy!!!! Minyak naik lagi !!!!

Gula ngan gas pun ikut naik sekali !!!! Hooreeeyy!!!!

Ada ke agaknya orang yang akan melompat dan bersorak kegembiraan bila dengar citer, harga minyak dan barang-barang naik ??? Aku agak, kalaulah ada yang bersorak gembira cam tu, tentu orang tu dah sewel, gila atau pun setidak-tidaknya otak dia dah masuk air dan layak untuk dihantar ke hospital gila kat Tg Rambutan ke, Tampoi ke… tak kiralah…janji tempat menetapnya golongan orang gilaa!!!

Tengah lepak-lepak semalam, tiba-tiba terima message dari si Mentol Bulat, memberitahu tentang kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen lagi menjadikan harga terbaru RM1.85. Lepas makan malam, aku terus ke stesen minyak untuk penuhkan tangki… setidak-tidaknya, dapatlah merasa harga lama buat kali terakhir…dan kebetulan pulak esok pagi aku nak ke sekolah anak aku kat Kg Gajah, untuk perjumpaan dengan guru dan sign report card…

Apa nak kata …!!! Nampaknya kerajaan pun dah tak mampu nak menahan kenaikan harga minyak nie…!! terpaksa lah terima kenyataan !!! Kena lah adjust mana yang patut… yang tak patutnya….

GAJI MASIH BELUM NAIK LAGI….!!!  

BILA LAH DEPA NAK SELESAI BERUNDING NIEEEEE!!!!