Orang kata boleh buat duit ribu-ribu ngan Facebook…!!!

Hari ini…aku ingat nak tidur awal le… letih…dah beberapa hari aku tidur lewat… meng”update” blog-blog aku (ada 2 jer)… pas tu berfacebook pulak… baca blog-blog member… lama @ baru… tak kira la…janji dapat menimba pengalaman melalui entri-entri yang rata-ratanya amat menarik perhatian aku… biasa le baru balajar…kena la kuat membaca… baru dapat ilmu… apa-apa pun dalam dunia ni kena ada ilmu… duit banyak boleh habis… ilmu banyak boleh buat lagi banyak duit….he.he.hee…

Sambil aku membaca-baca blog tu, aku tertarik kepada satu entry dari seseorang yang blognya selalu aku ikut, catzer. Entri tu berkenaan satu kaedah untuk menambah pendapatan ngan facebook, Infinity Downline. Kalau korang baca testimony tentang program ni, memang cair…. sapa tak nak, kalau hari-hari boleh dapat RM100.00… bila aku mula-mula dapat tahu tentang program tu…. aku pelik gak… terlalu bagus untuk kita percaya… semudah itu??? Kalau benar…sepatutnya dah ramai orang yang kaya raya… atau mungkin, memang boleh kaya ???

Aku dah joint..macam-macam program dah… dulu aku joint multilevel marketing… bukan nak kondem…nanti ramai pulak yang marah… tapi yang aku pasti…tak ada seorang manusia pun yang aku dah jumpa dalam multilevel ni yang benar benar nak membantu aku jadi kaya, melainkan ada udang sebalik mee. Begitula jugak ngan infinity downline ni… kenapa nak susah-susah pukul canang sana sini bagi tau kat semua orang cara nak  jadi kaya…(kalau betul ada jalan mudah…aku ingat dia mesti simpan rahsia tu untuk diri sendiri…lagi bagus.. ye tak??).

Aku teringat, suatu waktu dulu aku terjumpa seorang kawan yang dulu sama-sama buat multilevel.. lama tak jumpa..bertanya khabar masing-masing… sambil tu aku tanya la  “buat apa sekarang?” (biasa le tanya cam tu bila dah lama tak jumpa)…

“Aku tengah buat satu bisnes, bukan multilevel, bisnes conventional… okay gak…dapat la sikit-sikit”, kata kawan aku tu… Aku pun, saja le tanya.. ” boleh share ngan aku tak ? “..

Nak tahu dia jawab apa…. “Nanti le aku citer, belum berapa jadi lagi ni…baru cube-cube…”, lepas tu hilang terus..tak jumpa lagi dah… Waktu nak buat multilevel dulu, bukan main ajak aku (ada sebab le tu). Bila dah buat bisnes conventional ni… citer pun tak nak…(tak ada kepentingan). Itu le maksud aku… tak ada orang yang betul-betul ikhlas nak bantu kita jadi kaya melainkan ada sebab…ada kepentingan… dunia dah memang cam tu..nak pelik wat apa..tul tak???  Tapi…. idak le semuanye cam tu….!!!

Jadi berbalik kepada tujuan aku tulis entri ni, aku rasa korang kena tahu realiti sebenar infinity downline dan pemasaran facebook ni. … bukan apa… elok lah kaji dulu pendapat kawan-kawan…tambah-tambah kawan yang tak ada kepentingan ni….. Lagi satu…kalau korang larat nak baca le… korang boleh baca tentang infinity downline, konsep money game ni…lepas tu…dah pasti baik buruknya.. terserahlah… masing-masing buat keputusan..masing-masing tanggung le… aku tak miskin pun kalau korang tak nak dengar… malah aku pun tak jadi kaya kalau korang dengar.. hanya melahirkan rasa tak puas hati sebab masih ada orang yang sanggup mengambil kesempatan pada orang lain….

KESIAAANNNN!!!! 

 

2 comments

  1. Rizal

    Ada yang putar belit tapi ada yang ikhlas menolong…………..

    Fikir-fikir dan tenang – tenangkan lah…………

    • bujang3

      Alhamdulillah!!! Bagi yang ikhlas menolong, terima kasih…. yang tak ikhlas pun terima kasih… sekurang-kurangnya aku dapat belajar dari pengalaman…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s