Mari kita berkebun…!!!

Dalam seminggu, 5 hari kita bekerja….. ada yang sampai 6 hari…. ada yang bekerja dalam air-cond, kilang, kedai makan dan macam-macam lagi le… tak kesah la tu..!!! Tapi… pernah ke korang beriadah??.. Tak kira lah, berjogging ke, bersukan (main bola, badminton, volley ball, etc) atau apa-apa lagi aktiviti yang mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan.

Untuk aku… dah lama gak aku tak bersukan… dulu aku memang aktif bermain badminton. Dalam seminggu, aku akan turun gelanggang sebanyak 2 kali… kira ok le tu…. Tapi sekarang (sejak aku diisytiharkan ada sedikit masaalah ngan paru-paru, jantung) aku dah tak boleh lagi bermain badminton atau mana-mana permainan yang memerlukan pergerakan yang aggressive.  Ini semua hasil dari aktiviti merokok aku selama lebih 20 tahun… (korang yang merokok : berhentilah sebelum jadi macam aku).

Sekarang ni, aktiviti riadah aku dah bertukar kepada berkebun…. boleh relaks-relaks sikit sambil mengeluarkan peluh!! Tidaklah terlalu aggressive… tapi sejak aku ber’internet” ni aktiviti tu pun dah kurang jugak… Ada la sekali sekala turun ke kebun tu… sekadar mengeluarkan peluh…

Pokok Limau Kasturi ~ tak payah beli lagi dah...

Inilah limaunya...

Pokok Betik...

Pokok Bendi.

Pokok Kacang Botol.

Close-up : Kacang Botol

Pokok Pisang Emas.

Ye ke pokok pisang emas??? Cam na nak tahu ??? Mestilah aku tahu…aku yang tanam!!!! Tak caya, bila dah berbuah nanti korang datang le ke kebun aku… boleh kita merasa sama-sama…..!!!!

Pokok Cili Api ~ "Tanam sendiri, Makan sendiri"

Dari dekat ~ Pokok Cili Api

Kelapa pun ada !!!

Pokok Inai pun ada !!!

Dah kira macam Astro la pulak….macam-macam ada !!!!

Betik ~ Pokok yang lagi satu..

Selain dapat makan, betik-betik ni dah pernah isteri aku jual… ada orang datang beli kat kebun….Tak tau le pulak berapa yang dapat (RM nye le), sebab aku tak ambil pun duitnye… semua serah pada isteri aku aje… dia yang rajin…biar la dia yang kutip hasilnye.. Aku turun pun sekali sekala aje…. macam aku cakap diawal tadi…sekadar mengeluarkan peluh aje….

Isteri aku mengira-ngira hasil kebunnya..

Okeyla… begitula serba sedikit aktiviti riadah terbaru aku…. bagi korang yang ada kawasan tanah untuk dijadikan kebun, bolehlah bermula…. disamping dapat makan hasilnya..mana tahu boleh jugak dijual sikit-sikit.. Bukan boleh jadi kaya pun…saja suka-suka….

Bagi yang tak ada kawasan tanah pulak, boleh gak, kalau nak… berkebun dalam pasu la pulak…seperti kata orang tua-tua… nak seribu daya, tak nak seribu dalih….!!!

Apa-apa pun …

MARI KITA BERKEBUN !!!!!!

 

9 comments

  1. Rizal

    Bagus hobi 2 boleh mendatangkan pendapatan sampingan….. boleh le sewa lori dan van nak angkut hasil tuaian nanti…. kee kee kee.

    Boleh tak beli sebijik kelapa kuning 2 sebab airnya sedap sekali daripada kelapa biasa…..

    Lepas ne abg am mesti sehat punya dah nampak otot – otot dah keluar leh pikir lepas ne beli tanah untuk berkebun.

  2. botak

    lepas ni bolehlah buat pondok kecik kt tepi kebun tu..sambil rehat setelah penat berkebun, bolehlah layan online kejap..hehe

  3. arzone71

    Waa..best betol la..Tanah kat sana tanam apa pun jadi. Dengor crita pisang nangka kat sana dapat sambutan. Keep it up..kami sokong dari jauh ..nak nolong mencangkul ntah bila. kalau ada lebeh huloq2 kat org gopeng..heh heh

  4. suri cahaya cinta

    wah rajinnya berkebun..hasinya pasti lumaya..

    bebaloi jika hasil yang di tuai dapat dimakan bsma anak2 ..suami..isteri..

    dan lebihan rezeki tu blhlah di panjang-panjangkan kepada jiran pula..

    • bujang3

      rajin tak rajin lerr….cuma suka-suka….memang selalu gak sedekah kat jiran-jiran, kalu suri jadi jiran, mungkin dah merasa hasil nyer…

  5. Pingback: Abah !!! Kenapa abah hisap rokok ???? « bujang3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s