Tagged: duit

Blog boleh jana pendapatan sampingan !!!

Sejak aku mula berinternet, aku ber”Facebook”… Lepas tu aku mula ber’blogging” pulak..akhirnya aku mula jatuh hati dan terpikat dengan aktiviti ber”blogging” nie…. Kenapa ??? Aku sendiri pun tak pasti sebabnya…..Masa tu (dua bulan yang lepas ler), boleh kata setiap hari aku bercerita (sampai sekarang pun) pasal aktiviti aku nie kat member-member di ofis….(aku tak tau le, diorang bosan tak ngan cerita aku).

blog boleh jadi punca pendapatan sampingan !!!!!

Sejak itu, baru aku tahu yang blog boleh jana pendapatan… terbaca pulak kisah seorang surirumah yang memperolehi pendapatan sehingga RM10,000.00 sebulan hasil dari blog yang pada mulanya sekadar suka-suka, sebagai diary peribadi sahaja… Teruja aku bila membacanya…Nak jadi macam tu ??? Pelan-pelan kayuh…!!! Antara nasihat dari blogger yang dah berjaya….Terima kasih atas sokongan semua….!!!

salah satu tapak untuk mencuba !!!!

Beberapa hari yang lepas, sewaktu makan tengahari…aku membelek-belek surat khabar Kosmo…ternampak artikel yang ditulis oleh saudara Khairul Anuar Abdul Rahman tentang blog jana pendapatan sampingan….Terkeluar nama saudara Rohaizad Jumat ~ nama yang biasa aku lihat dalam komen-komen blogger yang aku kenal… ramai antara blogger nie menganggap dia sebagai sifu….

Dan aku amat yakin yang saudara Rohaizad ni memang hebat…dia merupakan seorang blogger sepenuh masa dan juga telah mengadakan seminar-seminar asas blogging kepada umum. Banyaklah tips-tips dan ilmu yang diturunkan kepada peserta-peserta seminar yang dianjurkan beliau….Setakat ini, seminar yang beliau anjurkan bertempat di Johor Bahru dan sesiapa yang berminat bolehlah selalu layari laman www.seminarblogging.com untuk mendapatkan maklumat tentang seminar anjuran beliau dimasa akan datang…

Namun… buat masa ni aku masih lagi mencuba-cuba meng”explore” dunia blogging nie dan masih terlalu baru rasanya untuk aku, terus menceburi bidang nie secara serius….Tapi…tak mustahil sekiranya suatu hari nanti, aku akan mengikut jejak langkah kenalan blogger aku yang lain… AMIN !!! Moga dimakbulkan !!!

Apa-apa pun… buat masa ini, aku selesa dengan aktiviti blogging aku nie, walau pun belum menjanjikan sebarang pendapatan…. Masih kekal dengan niat asal…sekadar suka-suka, sambil menambah ilmu blogging dan kenalan!!!

p/s : berkawan biar beribu…. berkahwin biar satu (walaupun nama bujang3) !!!!