EXORA :ENJIN DAH OFF, KIPAS AIRCOND PULAKK TAK BERHENTI…

Ringkaskan citer ….

Aku perasan dalam dua minggu…

setelah memandu EXORA aku tu… setiba di rumah… offkan enjin… tapi pelik pulak…. kipas aircond terus terpasang..

Lama gakkk… kekadang 5 minit sebelum kipas aircond tu off sendiri… kekadang 6 minit… paling lama sehingga 10 minit…

Apa hal laaa pulakkk…

Kang kalau dibiarkan, risau kong pulak bateri kete niee…

Disebabkan kipas aircond yang berpusing tak mau off tu, maka difikiran aku, mungkin ada sangkut mangkut dengan aircond..

So, pandai-pandai sendiri, semasa aku menggunakan kereta, bila hampir sampai di tempat yang nak di tuju, aku offkan aircond awal-awal..

Yang pelik lagi ajaibnya… bila aku buat macam tu, tiba di destinasi dan offkan enjin, kipas aircond tak pulak berpusing lagi… terus jer off mengikut off nya enjin kete tuuu..

Tapi.. rupanya bukan setiap kali percubaan aku tu menjadi…

Lagi lah herannn… yang aku terpikir… mesti tangki radiator tu panas… tapi pelik pulak, yang berpusing hanya kipas aircond.. kipas radiator tu, ok jer…

Tak nak pening lelama, aku pergi kedai aircond, tanya pomen tu.. citer laa perihal kipas yang terus berpusing sel3pas matikan enjin…

Laaa… pomen tu pun satu hal pulakkk… digelaknya kat aku..katanya.. memang la kipas berpusing.. sebab enjin masih panas… kipas tu akan berhenti sendiri bila dah sejuk nanti… dia suh tunggu jap untuk membuktikan katanya… memang lepas beberapa minit.. kipas ternyata berhenti…

Untuk menyedapkan hati aku, pomen tu amik la test pen, check sana sini.. aku pun tak tahu apa yang dia check.. last-last dia kata, sambil tersenyum.. tak ada masalah… enjin proton sekarang nie memang cam tu… dia akan auto off bila enjin dah sejuk…KATANYA LAAA…

Tapi aku tak puas hati… selama aku pakai dah hampir ¬†4 tahun, tak pernah pulak jadi camni…. MESTI ada sesuatu.. menurut firasat aku ler…

Suatu hari, aku gi kenduri.. sambil menanti konvoi yang lain tiba, aku stay dalam kereta dengan enjin dan aircond tidak dimatikan… lama gak la .. sambil-sambil layan lagu di radio…

Tiba tiba aku terperasan, temperature naik.. hampir maksimum.. cepat-cepat aku offkan enjin..aircond…

Buka bonet … ternyata kipas aircond still jalan.. terperasan pulak.. kalau betul engin dah panas sangat kenapa kipas radiator tak berpusing.. patutnya mesti ada sensor…

So, dari situ, barulah aku perasan dan suspect masalahnya mungkin kipas radiator tu yang rosak..mungkin ada masalah wiringnya ker.. atau motor kipas tu yang rosak..

Esoknya, terus bawa EXORA aku tu ke pusat service proton…

Explain apa yang berlaku.. ¬†bertekak pulak ngan pomen proton tu… dia pun sama macam pomen kedai aircond ari tu… katanya, engin proton memang macam tu… kipas akan terus berpusing sebab ada sensor… bila dah sejuk nanti kipas akan stop..

Tak puas hati.. aku suruh jugak dia check motor kipas radiator..aku kata mustahil kipas radiator tak berpusing.. kata enjin panas, sepatutnya mestilah kipas radiator berpusing…hujah aku laa…

Akhirnya, pomen tu give up ngan aku, dia pun check kipas radiator… sah.. dia mengaku, apa yang aku suspect tu betul…

Tukar, motor kipas tu.. settle..

Terbanglah RM234.80 termasuk GST, sebab dah habih warranty…

Lega sikit kepala.. selesai masalah..

p/s ; aku nie bukanlah pandai bab kereta nie… bila ada masalah, aku harapkan pomen… sekali.. pomen pulak sempoi jer kata tak ada masalah… tak haru ker????? Hrmmmm!!!