Category: Cerita Aku

PERJALANAN


Dah 51 tahun 6 bulan 11 hari perjalanan kehidupan aku setakat hari ini ( 19 Aug 2021 )

Memori… Tak pulak aku pasti yang paling awal masih ku ingat….

Timbul tenggelam ingatan disaat hari raya.. aku dan adik.. beraya di setiap rumah..penat ..maklum ajer arwah abah seorang askar dan kami tinggal di rumah flat…

Kenal atau tidak kami redah jer… Demi duit raya sekupang dua..

Akhirnya keletihan tertidur dirumah entah sapa sapa… Songkok tinggal dirumah orang lain.. Kain samping tertinggal di rumah orang lain…

Pernah juga terlintas diingatan, waktu arwah abah kena posting ke Sarawak..
Waktu itu kenderaan adalah kapal laut..

Secebis ingatan waktu didukung oleh sang askar menaiki kapal besar dari tongkang.. itu jer yg aku ingat.. samar samar…

Pernah lama di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani.. Flat G22 kalau tak silap.

Kenangan…

Berpindah randah.. mengikut ke mana arwah abah ditugaskan…

Hidup kami seronok walau serba sederhana… Aku dan adik ibarat kembar walau jarak sebenar antara setahun usianya.

Bergaduh????

Jenuh la mak nak menangani perangai kami yg waktu itu baru berdua beradik…

Dari berdua beradik.. jadi bertiga…. Perempuan pertama dalam adik beradik… Dalam umur 4 tahun pada ketika itu.. tak teringat perasaan ketika itu..
Seronok la agaknya dapat adik kecil..

Pernah berpindah ke Taman Cempaka.. Sari 17… Waktu itu arwah bertugas di kem Tambun..

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambun.. Yg masih diingat.. waktu darjah 5 di sekolah itu…

Suatu waktu, balik dari sekolah, sementara tunggu trak askar selaku bas sekolah… Kami, aku, adik dan 2 orang kawan yg juga adik beradik ke kedai india gunting rambut..

Layan citer Ultraman di kaca tv di kedai gunting tu..

Sedar sedar.. habis Ultraman, hari dah gelap.. trak dah tinggalkan kami..

Maka menapak la kami menuju Taman Cempaka.. tak aku ingat ikut jalan mana.. tapi kawan tai jalan shortcut..

Sampai rumah.. mak dah tak keruan.. risau.. arwah abah tak balik lagi.. keluar mencari kami..

Balik jer arwah abah.. siap la kami kena pukul ngan hanger.. arwah abah garang waktu tu.. terima jer laa.. salah sendiri..

Tingkatan satu ke Kem Terendak.. MRSM baru dibina di dalam kawasan kem… Keutamaan pada anak askar.. bukan pandai mana pon.. tapi suratan perjalanan.. aku diterima masuk..

Masa ni dah tinggal di Taman Kinta Gopeng, kalau tak silap…

Awal sehari kami bertolak dari rumah.. tidur kat kem.. arwah abah kenal orang kem… Makan pon kat mess..
Aku??? Dah tak lalu makan dah masa tu…

Lepas daftar, mula lah hidup aku berdikari.. bermula dari tingatan satu (13 tahun usia)..

Cuti baru balik.. masa tu cukup jer duit belanja arwah abah bagi rm50 sebulan kalau tak silap.. lagi pula aku dapat elaun dari Mara RM30 utk duit poket.. makan free kat dewan makan pon ada..
No hal..

Tahun ke dua… Adik aku pulak kw asrama… Sekolah Alam Shah di KL..

Masing masing kami jarang bersua.. mak tinggal ngan adik perempuan kami..

Arwah abah askar.. biasa la.. selalu ada operasi.. jarang bersua…

Dari bertiga beradik.. akhirnya berempat… Juga perempuan… Balance laa..

Aku dan adik no 2 masih bersekolah di asrama.. sesekali baru balik..

Tahun demi tahun.. selesai sekolah menengah.. aku dapat 2 tawaran.. UTM Sekudai… ITM Shah Alam (ketika itu masih belum UiTM lagi)..

Aku memilih ITM Shah Alam.. tapi perjalanan aku di ITM pon tak lama… Sehingga semester ke tiga saja..

Ada peristiwa arwah abah dan arwah bapak sedara marah marah.. kerana aku belum gagal.. tapi aku berhenti sendiri…

Salah satu peristiwa yg terjadi sepanjang perjalanan hidup aku ..

Kenangan…. Pahit pon tetap kenangan yg melakarkan warna warni kehidupan aku .

Akhirnya berbagai kerja aku lakukan suatu ketika dulu…

Pernah kerja kilang papan dan ESSO Gopeng (masa tu belum PETRON lagi…)

Arwah abah berjaya dapatkan aku kerja di salah sebuah bank .. masa tu UMBC..

Maka.. bermula aku memegang watak banker pulak… Dari UMBC bertukar nama.. Merger.. tukar nama lagi…

Dalam pada itu adik beradik dah bertambah .. 5 orang.. Lelaki terakhir dalam adik beradik…

Seterusnya 6 dan akhirnya 7..
Perempuan selepas itu…

Kami ramai… Bahagia ketika itu… Seronok mengenang ketika adik adik kecil kecil lagi..

Berkahwin… Dah ada kehidupan sendiri.. baru tau pahit getir mak dan arwah abah mengharungi kehidupan berkeluarga..

Tapi apa pun.. ada bahagianya.. walau pasang surutnya tetap ada…

Dari seorang anak lelaki… Selang setahun berkahwin… Lahir pulak anak perempuan tunggal…

Kami di Sungai Siput U ketika itu.. Tinggal di Kg Muhibbah Q9.. lama la jugak di situ..

Selang 6 @ 7 tahun lahir pulak kembar.. maka genapla 4 cahayamata.

Dalam perjalanan kehidupan aku itu.. adik beradik yg lain juga ramai yg berjaya ke menara gading…

Lillahi ta’ala.. aku bangga ketika itu.. menitis jugakla air mata jantan aku disebabkan terharu, bangga dan gembira…

Adik no 2 aku dah jadi Guru.. pon aku bangga…

Akhirnya semua dah kahwin… Dan tak boleh lupa.. aku jadi wali menikahkan adik no 6 sebab arwah abah tak sihat… Alhamdulillah… Dan senang mereka semua.. dah beranak pinak…

Dalam berkeluarga memang ada dugaan…ada jer musibbah atau ganguan yg mengugat keharmonian hubungan.. Simpan jer la dalam hati..

Akhirnya setelah 25 tahun dengan watak banker, aku berhenti.. vss.. tapi hidup tak selalunya bersinar..

Ada peristiwa gelap yg melakari cerita dan perjalanan hidup aku..
Aku berpusing dan berada di bahagian bawah roda kehidupan…

Bersyukur, ada isteri yang sentiasa menyokong dan sudi bersama susah senang…

Ditemukan dengan bisnes viral ketika itu… Berniaga air… Teh ais cincau…

Masa tu memang kencang laa.. baru baru nak viral teh ais cincau…

Anak sulong dah belajar kat Al Azhar masa tu.. pernah balik bercuti… Pernah bantu niaga teh ais…

Apa pon kisah dan watak.. aku tetap teruskan kehidupan… Biar sederhana tapi cukup…

Tapi bukanlah langit itu sentiasa cerah… Mendung tetap datang juga…

Bisnes merosot.. mula pula meniaga nasi lemak .. pon tak menjadi…

Pelbagai musibbah datang dan pergi silih berganti.. sehinggalah akhirnya tika dan saat ini mula berniaga burger…

Disaat orang lain dah mula berehat rehat aku masih gigih mengharungi sisa usia mengais pagi dan petang…

Senang, sukar, sedih, suka silih berganti…
Arwah abah pula pergi buat selamanya…
Moga rohnya ditempatkan bersama mereka yg beriman.

Arwah abah banyak meninggalkan nasihat agar aku banyak bersabar dalam segala ujian…

Sentiasa rajin menalipon bertanya khabar susah senang keluarga aku semasa hayatnya..

Rindu gelak tawanya.. sesekali terhibur lawak jenakanya…

Semua itu kenangan cuma kini…

Tapi setiap yg hidup pasti mati…

Tak mustahil juga.. esok lusa pula tiba masa ku..
Perjalanan kita.. tapi bukan ketentuan kita…
Cuma harapan aku..
Anak isteri aman…

Tiada sengketa.. semua yg hak dah ditentukan Allah..
Ada bahagian masing masing…

Sikit atau banyak… Redha seadanya…

Perjalanan.. walau belum tamat.. tapi kita semua menuju ke penghujungnya…

Moga terpelihara hati kita dari segala keburukan..
dari segala masalah hati..
dari berperasangka…
Amin!!!!

51 tahun 6 bulan 11 hari yg telah berlalu…