Bujang3 dah ada rumah baru !!!!

Bujang3 dah ada rumah baru !!!!

Terima kasih untuk Bro Joe a.k.a Sangilapi @ RezekiMurah.com yang begitu bermurah hati membelikan aku sebuah rumah baru sebagai penghargaan kerana aku menjadi salah seorang pemberi komen di blog beliau….

Terima kasih tak terhingga juga kepada Saudara Mijie yang bertungkus lumus membantu Bro Joe kita tu, untuk membeli dan mengemas “rumah baru” aku, sebelum diberikan “kunci“nya pada siang tadi (07 Oktober 2010).

Malamnya, dengan berbekalkan “kunci” yang telah diberikan, aku telah melawat-lawat rumah baru aku tu… sekadar melihat-lihat kawasan sekitar dulu…. sebenarnya aku tak pasti lagi nak buat cam ner dengan rumah baru aku tu….

Akhirnya sebelum aku melangkahkan kaki keluar dari rumah baru aku tu, sempat jugak aku menggantungkan  sedikit decoration di hadapan rumah baru tu… sekadar nak memberitahu jiran-jiran, yang rumah itu dah berpenghuni.. cuma mungkin tak berapa pasti bila akan berpindah secara rasmi nyer !!!!

Seperti saudara aku AdamFaiz yang jugak menerima sebuah rumah baru sumbangan dari Bro Joe, aku rasa sungguh excited dan tak sabar-sabar untuk berpindah…. tapi …adat la… bila berpindah nie, memang memenatkan dan memerlukan sedikit masa untuk merancang perpindahan itu nanti… buat masa nie… aku mungkin akan berkemas serba sedikit dulu sebelum berpindah… ( yang sebenarnya.. aku tak berapa reti nak buat apa sekarang nie )…

 Apa pun… nampaknyer..sebelum aku berpindah, kena lah sekali lagi meminta bantuan kepakaran dari Saudara Mijie kita tu….harap-harap..tidaklah menyusahkan dia pulak !!!!

Oh ya !!! Karang kata tak jemput pulak !!! Senang-senang, jemputlah ke rumah baru aku tu… eh !! alamat tak bagi…cam ner korang nak datang ..yer tak ??? Alamat rumah baru aku tu, cam nie ….. http://bujang3.com !!!!

Jemput  lah ke rumah yer !!!

24 comments

  1. ardzham

    tahniah kerana dapat rumah baru, free lagi…
    memang beruntung benar, apa lagi import saja database dari wordpress.com ke wordpress self hosting

  2. sangilapi

    kalau mana-mana yang tak faham tu,bertanyalah dengan mijie – jangan rasa segan-segan dan rasa serba salah🙂

    cuma jangan tanya dengan aku……kahkahkah[bukan tak tak membantu,bimbang ko akan bertambah buntu :)]

    *ada masa kenal-kenallah jiran yang lagi dua orang tu :)*

  3. mijie

    salam dan tahniah bujang, aku akan bantu setakat yang terdaya, untuk import post blog ini ke blog baru nanti emailkan dekat aku detail login untuk blog ini dan nanti aku uruskan

    maaf sebab 2 hari ni aku kurang online sebab bercuti di kampung🙂

  4. bujang3

    Alhamdulillah !!! Itu pun ada orang sudi sponsor !!!! Tapi rasa susah gak… sebab aku tak tahu nak buat cam ner.. semua kena set up sendiri… kalau yg free tu semua dah tersedia, cuma tinggal nak pakai jer…

  5. botak

    wiwit!
    dah ade hosting dan domain sendirilaa bro bujang3 kita!
    lepas ni boleh lah kawin baru..
    1 bini lepak kat rumah lama..
    satu lagi ddk rumah baru..
    hehe tahniah2!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s