Blogging bakal menjadi sesuatu yang ketinggalan zaman ???

Masa depan blogging mungkin terancam dengan kehadiran trend terbaru dalam media sosial dan penyaluran berita yang semakin pesat berkembang dalam talian pada ketika ini, kata seorang ahli akademik yang juga merupakan bekas penerbit berita.

Prof Peter Herford dari Shantou University, China, berkata “blogger mestilah bersedia kerana dengan trend terbaru ini, populariti aktiviti blogging akan mula menurun.”

“Blogging telah wujud sebelum dari terma untuknya digunakan dan pastinya blogging tidak akan hilang begitu saja.”

“Tetapi, perubahan telah berkembang dengan begitu pesat ~ dalam abad ini, di mana kita berupaya untuk membina sistem yang lebih cekap dari diri kita sendiri.”

“Saya juga tidak terkejut, sekiranya blogging tidak akan terus berkembang melebihi tahap sekarang kerana adanya inovasi terbaru yang giat diperkenalkan di internet dewasa ini”, tambah Prof Herford.

Dia juga memberikan Facebook sebagai contoh, yang mana dalam tempoh hanya 7  tahun sejak kewujudannya, telah mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia.

“Blogger juga seharusnya sedar bahawa mereka sedang ber”blogging” dalam suasana yang senantiasa mengalami perubahan.”

“Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar blogger di luar sana kerana tidak pernah ada kajian yang dijalankan terhadapnya – di China sahaja, terdapat dalam anggaran sekitar 50 juta blogger.” kata beliau semasa perhimpunan Blogfest.Asia2010 yang diadakan di Wawasan Open University baru-baru ini.

Prof Herford yang telah menetap di China sejak 8 tahun yang lalu, adalah seorang veteran yang telah berkhidmat dengan American Television Network, CBS.

Sumber ; The Star bertarikh 6 Oktober 2010.

Benarkah ????

Blogging ketinggalan zaman ????

Walau apa pun, di saat ini, aku masih tetap dengan aktiviti blogging aku…tak kesah lah apa orang lain nak kata… Bagi aku… selagi aku masih ada idea dan minat untuk mencoret sesuatu (tak kira lah topik apa), aku akan terus ber”blogging”…!!!

Lagi pun aku berblogging untuk meluahkan apa yang tersirat di hati dan apa yang terlintas di kotak fikiran aku… di samping untuk kepuasan diri dalam bidang penulisan.. walau pun hanya sekadar merapu !!!!!

10 comments

  1. ardzham

    masa akan merubah segalanya, jika ada inovasi yang lebih baik mungkin juga blogging akan jadi ketinggalan zaman, tapi bukan dalam waktu terdekat nilah. apapun kita teruskan berblog.

    facebook memang popular, sebelum keujudannya ada juga laman sosial yang lain kan… bila facebook top, yang lain pun jadi ketinggalan…

  2. DrSinga

    blogging… pada saya…
    macam diari …
    ada benda2 yang berlaku..kita akan lupa..bila baca balik blog..sengih2 sendiri..
    biarlah dikata akan ketinggalan zaman..
    asalkan kita, yang menulisnya ,hepi….

  3. dnoBiz

    pada aku tak,
    tengok akhbar..,
    walaupun ada akhbar online tetapi yang ofline tetap mendapat sambutan,
    dan kalau nak diikutkan sejarah pengeluarannya lebih lama,
    dan masih bertahan sampai sekarang

  4. suri cahaya cinta

    ye ke..
    selagi ia ada kaitan dg it , ada org nak mcri sesuatu sumber pasti mrka akan cekau pada internet.. ,mana lagi nak ilmu selain dari buku dan bahan ilmiah maya hmpir smua ada..youtube lagilah byk yang suka tgok walaupun ia hya skdr video shja.inikan bhna ilmu dan sbhagian dri dairi kita heee

  5. botak

    memang ramai org yg berbloging..
    secara x langsung kita dah bina satu komuniti sendiri..
    kalau facebook, lebih kpd update status2 yg memboringkan..
    tp ape2 pun..blogging tetap lebih cool~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s