Do The Dappan Ditarik Balik oleh Petronas !!!

Dalam kemeriahan masyarakat India menyambut kedatangan perayaan Deepavali, Petronas telah mula menayangkan iklan sempena perayaan itu di laman YouTube yang bertajuk Do The Dappan.

Namun, terdapat bantahan dan permintaan penarikan balik dari pihak yang sudah menonton klip video tersebut kerana berpendapat ianya tidak memberi gambaran yang tepat tentang maksud sambutan Deepavali itu sendiri.

Kagum dengan keperihatinan Petronas terhadap pendapat pelbagai pihak sehingga mengambil keputusan untuk menarik balik penayangan klip video tersebut. Memang selama ini pihak Petronas amat mengambil berat tentang sensitiviti semua kaum terhadap iklan atau kempen keluarannya.

Sebagai gantinya, berbagai mesej dan ucapan disiarkan sempena sambutan Deepavali yang akan disambut oleh masyarakat India pada Selasa 13 Nov 2012 nanti, The TRUE Spirit of Deepavali sebagai contoh.

Begitu juga kisah Deepavali dari SHARIFAH AMANI, pelakon watak “Orked” dalam movie bertajuk “Sepet”.

Apa pun, diharapkan agar penarikan balik Do The Dappan itu disambut baik oleh semua pihak yang terlibat…

SELAMAT HARI DEEPAVALI dari Blog @ Bujang3.

Leave a comment