Blog aku yang bersawang !!!!

Berbeza…

Dibandingkan dengan blog aku yang ini, Hanya Aku, cuma dilawati kurang dari 500 kali…

Kenapa ???

Entahlah !!! Secara jujur aku pun tak pasti… Hanya Aku lahir kerana aku ingin mencuba… merasakan perbezaan antara blogging dengan menggunakan platform wordpress dan blogspot.

Jadi… mungkin dek kerana niat asal yang tidak serius, maka semangat untuk meng’update’ di blog kedua aku ini sedikit kurang… @kurengg’ macam yang bebudak zaman sekarang suarakan.

Setelah puas mencuba, akhirnya aku tewas… dan kembali kepada Blog @ Bujang3 nie… tidak berhenti di situ, aku cuba pulak hidupkan sebuah blog lagi yang mana akhirnya juga bersawang.. Bujang3 Dan Kehidupan yang jugak berpaksi atas platform wordpress..

Nampaknya gagal lagi….

Akhirnya bersawang dan bersawang lagi dan lagi dan lagiiiii ….

Aku akui sekarang, memang bukan mudah untuk menguruskan 3 blog sekaligus. Sedangkan satu blog ajer pun dah pening kepala memikirkannya… inikan pulak tiga….

Mungkin sebab tu jugaklah aku masih mengekalkan status bujang3 aku nie.. hahahaaa !!!

Chow !!! Sekadar merapu menghilangkan borinnngggg !!!

Leave a comment