Mari Tetapkan Matlamat Kewangan!!!

Matlamat kewangan adalah asas bagi perancangan kewangan kita. Tanpa matlamat, kita diibaratkan seperti pengembara yang tidak pasti destinasi yang harus dituju dan cara untuk sampai ke destinasi tersebut.

Matlamat kewangan merupakan sebuah peta jalan untuk memberi panduan mengenai pelan dan tindakan yang harus diambil dalam perancangan kewangan kita. Dengan adanya matlamat kewangan yang jelas dapat membantu kita dalam menentukan cara wang itu dibelanjakan dan cara pengurusan lebihan wang dengan lebih berkesan.

Setelah kita menetapkan matlamat kewangan, kita perlulah berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Tanamkan semangat, untuk mencatatkan semua perbelanjaan kita… Kebanyakan orang cenderung untuk membelanjakan kesemua pendapatan mereka, malah ada yang membelanjakan lebih dari kemampuan mereka….

Dengan mencatat segala perbelanjaan, kita dapat melihat amalan dan corak perbelanjaan kita…Kita juga, sedikit sebanyak dapat menilai sikap sendiri, samada kita seorang yang boros atau seorang yang berjimat cermat dan suka menyimpan… Sekiranya terdapat lebihan wang setelah ditolak perbelanjaan, kita sebenarnya semakin hampir mencapai matlamat kewangan kita…Setiap kali matlamat kewangan telah tercapai… mula dengan menetapkan matlamat yang baru… seeloknya selalulah review matlamat kewangan kita itu dari masa ke semasa…

Semoga dengan cara itu.. kita dapat menguruskan kewangan kita dengan lebih tersusun dan lebih baik, demi mencapai apa jua matlamat kewangan yang telah kita sendiri tetapkan.. InsyaAllah … !!!!

16 comments

  1. Mentol Bulat

    Dahyat Komen saudara pada kali ne macam “financial planner” lee….

    Udah ade sararan ke bro bujang2…. yang dimaksudkan bujang3 ke bujang2???

    He he he he he he hehhh silap plak…. Waarrrrkkkk

  2. myblog33r

    haiya….gaji talak naik woo…balang sulah naik woo…mcm mn mau simpan luit ooo…kasi gaji laik dulu laa…balu bole kasi simpan ckt laa….manyak susah la ini mcm aaa….

    • bujang3

      wa!!!! lu sulah tuka jali apek oooo !!! Ingat taun lepan balu mau tukak….. wa sulah kompius lo ini macam!!! Haiyyaaaaa!!!! Bila lagi itu gaji punya hat mau kasi settle…wa sulah manyak pening ooo… itu atas punya celita, wa ada tulih saja… wa pun tatak bole simpan loooo…cakap saja!!!!

  3. etomyam

    makin hari kos hidup makin meningkat, kalau tak pandai urus kewangan memang harus merana ni…, pagi tadi cerita sedih aku, ter delete fail yang aku buat catatan perbelanjaan sepanjang 2010, adoilah, dah lah tak leh recover balik..memang tensen membawak ke malam ni…

    • bujang3

      laa… takziah dari aku ler… terdelete la pulak!!!! nak buat cam ner, sabar jer la… sebenarnya…nak menguruskan kewangan memerlukan semangat yang tinggi…kalau tak betul-betul berdisiplin susah gak, tambahan macam ko kata tu…kos hidup dah makin meningkat… mana ada lebihan yang nak disimpan….

  4. sangilapi

    yang penting utamakan keperluan hindarkan kehendak….insyaallah dapatlah disimpan duit tu.

    “yang penting banyak mana boleh disimpan bukan banyak mana yang kita boleh dapat”[berkaitan dengan pendapatan/gaji tu] – sekadar pendapat peribadi mungkin tidak sesuai untuk orang lain 🙂

  5. bujang3

    kena bezakan kehendak dan keperluan…. betul tu… setiap pendapat perlu diambil kira… mungkin sesuai..mungkin ta… tapi perlu dikaji dulu… jangan ditolak @ diterima mentah-mentah…

Leave a reply to suri Cahaya Cinta Cancel reply