Amarah kerana pengharaman pemakaian Jersey M.U !!!

logo syaitan yang diharamkan!!!

Ini adalah lanjutan dari permintaan sahabat aku ( Myblog33r ) yang telah menulis entri tentang kemarahan segelintir masyarakat Islam dan bukan Islam tentang kenyataan dan fatwa yang telah di keluarkan oleh Dato’ Seri Harussani tentang pengharaman pemakaian Jersey Manchester United yang membawa logo syaitan, di blognya…. 

Terus terang, aku sebenarnya tidak perasan tentang isu ini…mungkin kerana aku jarang membaca akhbar dan tambahan sekarang nie kurang melihat berita di kaca TV, maka membuatkan aku alpa .. Anger over ban on Devil shirts !!! Begitulah antara tajuk yang hebat diperdebatkan di dalam Malaysia Today.net sekarang nie…

Ada saja komen yang dilihat begitu marah dan tertekan dengan kenyataan Dato’ Seri Mufti Harussani itu…Dan sesetengahnya datang dari remaja Islam kita yang terlalu marah dan mempertikaikan isu ini… kebanyakannya sudah memiliki koleksi Jersey MU yang banyak dan tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadapnya.

Entahlah… bila ada antara mufti kita mengeluarkan pendapat… contoh terbaru ; pengharaman pemakaian Jersey MU yang terdapat logo syaitan, maka seperti biasa akan banyaklah reaksi menentang yang akan kita lihat… Mungkin ini semua kerana kurangnya serta ceteknya ilmu keagamaan yang tersemat dalam hati sanubari kita selama ini…

Diharapkan umat Islam sedar dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh mufti kita dalam mempertahankan Agama Islam dan sebagai ulama, wajib menegur mana-mana yang tidak betul dalam kehidupan kita…

ALLAH HU ALAM !!!!!

29 comments

  1. myblog33r

    depa2 ni x paham bahasa betoi…sukan pun sukan jugak lah tapi klu dh kata benda tu ada yg haram atau x betoi kena le ikut jugak, jgn main hentam kromok jer…nk salahkan pihak yg berwajib pulak tu…banggang bebetoi le depa nie….aku BENGGANG SGT3 dgn depa ni…ingat2 le Allah ckt…

    • bujang3

      betul tu… tapi manusia-manusia zaman sekarang nie dah tak tahu nak menilai hukum hakam, dah tu, tak nak dengar pulak pendapat ulama… haru !!!!

  2. Mentol Bulat

    Depa yang sokong fanatik MU walau pakai lambang syaitan tu “BONGOK” namanya…….. Itu sebab nak lawan Israel kita tak boleh sebab ada yang sokong Yahudi..

    Dah Fanatik le katakan…

  3. kulanz

    terpulanglah kepada pemikiran dan penerimaan sendiri kan..
    kalau dah diberitahu mana yang tak patut lepas tu marah lagi.. dah tak boleh nak buat apa2 pun.. yang penting, mufti dah jalankan tanggungjawab dia..

    • bujang3

      itu la… mufti jalankan tugas…membetulkan mana yang tak betul…menyedarkan masyarakat agar tidak tersesat..tapi ramai yang dah suka bila ditegur..malah boleh marah pulak lagi !!!! Apa nak jadi ler !!!

  4. etomyam

    kenalah belajar terima hakikat dan hukum tu. mungkin penyelesaian kepada mereka yg sudah membeli baju tu tempek ngan logo lain, atau tukar gambar lain…😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s