Malaysia tewas…Apa sudah jadi !!!!

Malaysia tewas kepada Jepun 3 – 2 pada pembukaan perlawanan Piala Thomas yang membabitkan Malaysia setelah menang percuma ke atas Nigeria tempohari…. Apa sudah jadi…!!!! Memang Skuad Piala Thomas Malaysia telah menempatkan diri ke perlawanan suku akhir, tapi itu bukan pula bermaksud yang kita boleh bermain sambil lewa… Jepun telah membuktikan, kesungguhan boleh mencapai matlamat dalam memastikan kemenangan mereka malam ni…

Seperti yang telah dijangka, Dato’ Lee Chong Wei dapat mengatasi lawan Kenishi Tago untuk memberikan skuad kita satu mata…. diikuti dengan beregu pertama negara Koo Kien Kiat – Tan Boon Heong…. mengatasi pihak lawan… Dengan dua kemenangan berturut-turut itu membuatkan aku bertambah yakin yang Skuad badminton kita akan beroleh kemenangan pada malam ini…. 

Tapi malangnya bila pemain perseorangan kedua negara, Wong Choong Hann tewas… Ini memberikan sedikit tekanan kepada pemain yang lain dan juga peminat sukan badminton tempatan. Peminat-peminat tetap mengharapkan beregu kedua kita, Fairuzizzuan Tazari – Mohd Zakry Latif dapat menebus kekalahan yang dialami oleh Wong Choong Hann….

Malang sekali lagi, permainan beregu kedua kita nampak kurang  mantap dari segala segi…. pendedahan demi pendedahan yang telah dilalui oleh keduanya nampak tidak memberi kesan yang memberansangkan buat masa ini…sesuatu harus dilakukan untuk mencapai persefahaman yang lebih baik antara mereka…. agar dapat memperkukuhkan lagi skuad badminton negara kita, Malaysia.

Dengan kedudukan menjadi 2 – 2 pada ketika ini, keadaan menjadi lebih tertekan…. Hafiz Hashim mengejutkan kita pada set yang pertama dengan kekalahan… Shoji Sato nyata nampak bersemangat, tidak mempedulikan ranking Hafiz di kedudukan tangga 22 buat masa ini… Namun di set yang kedua, menampakkan kembali kematangan Hafiz Hashim dalam mengendalikan tekanan, kerana perlu menang untuk menjadi juara kumpulan. 

Harapan kembali cerah bila Hafiz menang di set kedua… Di set ketiga, prestasi Hafiz sedikit menjunam walaupun ada ketika dia berjaya mendahului… Semangat Sato yang nampaknya begitu tinggi, walau kelihatan amat keletihan, berjaya mengatasi pengalaman Hafiz… Akhirnya Hafiz terpaksa akur dengan kekalahan kepada Sato….

Dengan kekalahan ini, aku tak dapat membayangkan laluan Malaysia pada temasya Piala Thomas pada kali ini…. Selepas ini, di suku akhir, Malaysia akan bertemu dengan Denmark…. aku kurang pasti pulak, prestasi skuad Denmark pada masa ni…aku pun dah lama tak mengikuti perkembangan sukan badminton ni….

Pasukan China, Indonesia bakal menanti pertembungan dengan Malaysia…. Kedua-duanya gergasi badminton dunia… Aku harap pemain-pamain kita dapat mengambil iktibar dari kekalahan kepada Jepun pada malam ini…Walau macam-mana pun harapan tetap kepada kemenangan Malaysia sebagai juara Piala Thomas…. mudah-mudahan..!!!

Malaysia Boleh !!!!

*** Jom kita  undi siapa yang menang …..!!!

2 comments

Leave a comment