Tujuan ber”blogging”….

 

Salah satu blog aku ~ bujang3

Secara jujurnya…. aku ber”blog” ni hanya sekadar suka-suka… orang ber”blog”… aku pun teringin nak ber”blog”, tapi arah tujuannya kabur…..!!! Apa yang aku tahu… blog ni macam diary le… tapi bukannya untuk benda-benda yang peribadi, sebab dah post kat blog ni, maka semua orang, malah satu dunia pun boleh tahu apa isi kandungan diary kita ni… Seperti kata aku tadi… cuma untuk suka-suka….

Tapi hari ini, aku luangkan sikit masa untuk membaca blog-blog orang lain yang kebanyakannya aku dapat dari blog member aku AdamFaiz , rasanya dia pun dah lama ber”blog” nie… dan dah sah-sah lebih berpengalaman dari aku… Terima kasih aku untuk AdamFaiz sebab memberi sokongan untuk aku ber”blog”….

Satu lagi blog aku ~ singgah le tengok..!!!

Setelah mengikuti dan membaca isi kandungan beberapa blog yang aku jumpa, aku mula terfikir…. teringin jugak nak jadi macam mereka… boleh buat duit ngan jadi full time blogger…cam tak percaya… tapi itu lah hakikatnya…. Mungkin mereka memang genius IT kot… Untuk aku ??? Nampak cam mustahil je…!!! Teringin nak belajar, tapi tak tahu kat mana !!!

Memang dalam blog-blog yang aku baca tu, ada macam-macam tips untuk berjaya sebagai blogger…. tapi ikhlas aku akui, yang aku kurang faham… mungkin untuk lebih memahaminya aku kena ber”guru” terlebih dahulu….

Aku memang setuju bila teringat petikan kata-kata tokoh kita Tun Dr Mahathir suatu ketika dulu…. “Kalau nak berjaya dalam apa bidang sekali pun, kena ada ilmu…!!”. Tapi, kadang-kadang tak tau nak cari ilmu tu kat mana…. dah lah aku ni kurang pendedahan dalam bab-bab IT ni….. Mungkin aku tak pernah terjumpa peluang tu, kot..!!

Antara tips yang aku dapat dari pembacaan aku tu, nak ber”blog” dengan tujuan mencari duit… nak kena kreative, idea kena menarik…. isi kandungan blog pun mesti membuat pembaca puas, berinfomasi… dan yang paling penting mesti membuatkan pembaca teringin nak datang lagi ke blog kita…. barulah tercipta traffic yang berkesinambungan… senang cerita…traffic yang tak putus-putus le….

Sehingga kini, aku sebenarnya masih samar-samar, tentang semua nie…. jadi…buat masa nie… nampaknya, aku mesti terus membaca dan membaca blog-blog “member-member” kita yang dah berjaya…moga-moga aku akan mendapat sedikit kefahaman dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru…. Mungkin boleh mencipta income tambahan dari ber”blog” ni, walau pun cuma seringgit…!!!

Wassalam…!!!

2 comments

  1. sangilapi

    “Tapi, kadang-kadang tak tau nak cari ilmu tu kat mana”…aku rasa ko dah ada jawapan untuk persoalan ini kan ?🙂

    semua orang bermula dengan tak tau tetapi mengambil sikap ingin tau🙂

    mudah-mudahan satu hari nanti ko pun boleh berjaya seperti orang lain yang telah berjaya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s