Tagged: perkahwinan

Adakah anda seorang yang romantik !!!!

Beginikah yang dikatakan romantik???

Sekiranya aku ditanyakan soalan itu…entah le…aku sendiri tak pasti… mungkin isteri aku aje yang dapat menilai tahap keromantikan aku… tapi… setelah aku fikir-fikirkan… rasanye (pada pendapat aku ler), aku nie bukan jenis yang romantik…

Bagaimana nak menilai samada seseorang tu romantik atau tidak ??? Dimana letaknya romantik seseorang itu ??? Tanya aku ??? Sebetulnya, aku blank tentang itu… yang aku tahu, aku dah kahwin (sorang le). Dan, bagi aku…kalau dah kahwin dengan seseorang tu, dah nekad nak sehidup dan semati, maka semestinya lah wujud kasih sayang antara kedua insan lelaki dan perempuan. Adakah kasih sayang itu kurang pentingnya dari sifat romantik ??? Kasih sayang atau sifat romantik itu, yang dicari oleh pasangan masing-masing ??? Blurrr..!!! 

Suatu hari aku pernah ditanya oleh salah seorang anak saudara aku…

            “Poksu bagi hadiah apa pada hari ulangtahun perkahwinan ??”

Tercengang aku dibuatnya… Ulangtahun perkahwinan ???? Tak pernah terfikir pulak aku tentang perkara itu…. Kebetulan pula, semasa anak saudara aku tu bertanya, tarikh ulangtahun perkahwinan kami tinggal 3 @ 4 hari (dah tak berapa pasti tarikhnye) saje lagi… termenung sekejap… Nak bagi apa yea?? 

Adakah anda pun seperti mereka???

Akhirnya, sehari sebelum tarikh itu, aku pun hadiahkan la sesuatu (rahsia le)… Romantikkah aku ??? Tak kesah lah…. Yang penting, kasih sayang antara kami tetap seperti dulu… Bagi aku, cam tu ler… bagi orang perempuan pulak, aku tak tahu ler… kena tanya orang perempuan la pulak….!!! 

Kadang-kadang, terfikir pulak..!!! Masih tak faham lagi ke pasangan kita, yang kita ni sayangkan depa ??……..Kenapa lak nak kena tunjukkan dengan hadiah-hadiah yang kononnya melambangkan sifat yang romantik ??? Entahlah…terpulanglah pada pendapat masing-masing… Aku tetap selesa ngan cara aku… Cuma…kadang-kadang kenalah juga ikutkan rentak orang perempuan… Sayang punya pasal !!!! 

Sayang punya pasal !!!

p/s ; kalau dah kahwin, tapi tak sayang bini… apa maknanya !!! baik tak payah kahwin !!!