Notebook Oh Notebook !!!!!

Khamis 27 Mei 2010

Hari ini aku cuti… saja nak gi cari laptop… dah lama sebenarnya aku intai-intai peluang nak beli laptop nie…!!! Dulu tak ada duit lagi…Kali ini baru berpeluang…dah dapat dana(pinjaman le tu). Memang desktop ada…. betul…tapi, teringin pulak rasanya…adik-adik semua dah ada laptop masing-masing…kengkawan disekeliling pun , boleh kata semua dah mempunyai laptop…. dah kira cam handphone dah … jadi satu kemestian pulak… trend dah berubah… walau pun terlambat, aku pun nak ikut trend gak…!!!

Hati dah membara nak gi cari notebook yang diidam-idamkan….. tapi isteri pulak ajak gi shopping barang keperluan kat Tesco… kena la turutkan kehendak isteri dulu… dah tu window shopping pulak kat Jusco…. dalam hati dah tak keruan…. asyik teringat kat notebook aje… dah selesai semua aktiviti tu…aku hantar isteri balik dulu…kemudian aku keluar semula…menuju ke PC Depot kat Ipoh…. kat sana ada dua pilihan aje…hati tak berkenan pulak…. target aku HP Compaq Presario…. budget dalam RM2,000-00 ke bawah…tak boleh lebih… kurang lagi bagus….  

Akhirnya aku terus menuju ke Kompleks Yik Foong (Glory)… member kata kat sana banyak pilihan…. semua kedai kat situ aku masuk…survey satu persatu… kriteria pertama …harga mesti ngam…. pastu aku nak windows original…. hard disk besar @ kecil tu tak kesah sangat… nak Intel processor, paling kurang Duo Core…. Ram ..kalau boleh 2GB…. boleh dapat ke semua tu ngan budget bawah RM2,000.00 ??? Akhirnya, dua kedai aje yang ada kriteria yang tersebut diatas….satu kedai RM2,199-00 (boleh runding lagi)~model HP Compaq CQ41, satu tu RM1,999-00 model HP Compaq CQ42 (model baru)… Pastinye aku  pergi ke kedai yang murah tu… tawar menawar berlaku… sudahnye harga dipersetujui pada RM1,900-00 dengan 5 free items…

Dah puas hati (masa tu)…aku pun balik rumah dengan senyuman puas…. tercapai jugak akhirnya nak ber”notebook”…. Sampai rumah…aku terus jer on notebook tu… excited la katakan…!!! Benda baru…!!! Dalam aku mencuba-cuba tu…terperasan satu benda yang tak syok pulak… dia punya sound slow sangat le…. Alamak… dalam aku berhati-hati pun terkena jugak….macam-macam benda yang aku beri perhatian sebelum membeli…akhirnya terlupa nak bandingkan dia punya sound… dah beli nak buat cam na lagi…. GOODS SOLD ARE NOT REFUNDABLE.. tertulis dalam resit beli….. nak sedapkan hati…”try dulu le…”

 Setelah aku adjust beberapa setting, akhirnya bunyi tu dah ok sikit…. kuat le sikit…. kira puas hati le…nasib baik… kalau tak entah le… dah keluar RM1,900-00 tapi tak puas hati….bayangkanlah…itu pun setelah aku call adik aku minta advise sikit….dah lega bab tu… tapi masa aku nak upload gambar kat blog aku nie pulak ada problem…asyik tak boleh aje..adakah kerana ngan Windows 7 ada problem…. pening aku dibuatnye….

Ok lah..tengah pening ni…nak upload pulak dah tak boleh…..pasal tu la entry kali ni tak bergambar…… lain kali aku sambung balik le…. Kalau ada apa apa tips yang boleh aku try….sila lah komen…

Wassalam!!!

14 comments

    • bujang3

      memang le semangat nak ber”blogging”…tapi banyak pulak cabaran kat notebook baru nie… PC (desktop) dulu tu pakai Windows XP… ko ada problem cam nie tak…. atau memang Digi broadband tak boleh support Windows 7 tak..!!

      • sangilapi

        bujang3,aku manalah tau pasal IT ni cuma boleh bagi cadangan,ko pergi kat blogroll aku cari blog sendiri buat(DIY)….tanya dengan sufian tu….dia ini amat sesuai bersoaljawab pasal masalah yang berkaitan dengan IT.

        tu lah,dulu aku bila bertukar ke win7 ni pun gelabah jugak sebab dah biasa dengan XP🙂

  1. botak

    hehe pakai desktop laa baru macho bro..laptop tu cuma portable je kelebihannya..pakai desktop, boleh tukar mcm2..boleh upgrade mcm2..baru la seronok..lagi seronok kalau beli barang satu2 then pasang sendiri..
    memang sangat puas hati..walaupun semua software xoriginal..hehe

    • bujang3

      kalau nak dikira…memang le pakai desktop tu puas sikit… aku pun suka gak desktop tu…masih pakai lagi..cuma nak ikut trend semasa, tak nak ketinggalan..pas tu ..kalau balik kampung ke, masih boleh on komputer walaupun tak ada line internet….

  2. Mr.Z

    beli laptop compaq model baru ke? kalau model baru, ok kut.
    hehe.. kalau macam aku, aku dah anti compaq.. banyak masalah..
    sekarang aku guna compaq. banyak masalah.. review dari forum pun banyak complain pasal model ni.
    tapi kalau beli model baru tu, ok kut..

    • bujang3

      model baru…. tapi aku bengang betul pasal nak upload gambar ke blog aku nie… masih tak boleh lagi.. aku ada gak dengar orang tak suka compaq nie..tapi tak tau la pulak apa problemnyer… dah beli tu…terima aje la…harap2 ok la…

  3. Rizal

    Gunakan compaq tanpa was – was kalau tak seronok pakai compaq boleh le jual kat saye itupun jika sudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s