Testing…upload gambar kat Windows XP…

notebook baru.. Windows 7

Haa… Sekali upload aje dah jadi…ni mesti ada masalah ngan Windows 7….(agak aku ler)…tak pe…nanti aku try lagi sekali kat Notebook aku tu…. harap-harap boleh le….

Inilah notebook yang aku mention dalam last entry aku dulu (HP Compaq CQ42)… pada aku..rupa dah okay… semua yang aku nak dalam notebook pun dah dapat… tapi sound dia tetap tak boleh lawan HP Compaq CQ41…. yang CQ42 tu slow sikit, walaupun dah di adjust setting dia… CQ 41 nie memang aku dah biasa.. adik-adik dan member sekeliling semua pakai CQ41 nie…. sound memang kuat… Tu la yang aku frust sikit…dalam mencari yang terbaik (sesuai dengan modal aku)…aku terlupa nak test sound dia…nie semua mungkin akibat dari terlalu memilih la kot.. tapi aku ambik nasihat adik ipar aku le… bersyukur dengan apa yang kita ada… terima dengan redha…

HP Compaq CQ41..member punya!!!

Aku tak tau kenapa… kat desktop nie cepat jer bila upload gambar… CQ41 di atas model lama sikit… CQ42 tu kira model baru le… tu yang aku pilih CQ42 tu… lagi pun, ingatkan nak lain dari yang lain le… tup-tup terkena pulak kekurangan dia… tapi aku rasa ini bukan sebab notebook tu… mungkin sebab software Windows 7 tu…aku ada dengar member (tokey kedai repair komputer) kata, Windows 7 masih belum stabil lagi…….apa nak buat..terima aje la…

Nanti aku nak try upload kat notebook aku pulak…. buat masa nie …SAVE DRAFT dulu… to be continued….

Memang tak boleh le…nie nak kena tanya Digi ler..sebab aku terperasan, ada message dari Digi,

 “Uploading problems?

Here’s the solution.

For Digi Broadband users using the Huawei modem model E1550 and E160e and experiencing difficulties uploading files on websites like Facebook, Hotmail, Flickr and Yahoo,

“CLICK HERE TO DOWNLOAD THE PATCH!”

CQ42 aku... gambar nie upload ngan desktop!!

Aku dah try download, tapi tak boleh pulak…ada error…entah apa message error tu pun aku dah lupa….apa-apa hal pun..kena lah aku download gambar kat desktop jer… notebook tu boleh draft and save entri blog aku jer la buat masa nie… surfing internet, facebook dan baca blog member-member boleh…itu pun dah kira okey la….

Aku pernah terdengar seseorang berkata : “dalam dunia nie memang tak semua yang kita nak tak boleh dapat dan kadang-kadang… benda yang kita tak nak tu la yang kita selalu dapat…”

Memang betul kata-kata di atas…selalu terjadi kat aku…macam mana pun ..sebagai manusia biasa…kita kena terima dengan redha segala yang telah diberikan olehNYA kepada kita sebagai HAMBA…. Syukur sepatutnya tak lekang dari bibir kita menerima Qada’ dan QadarNYA…. Alhamdulillah…!!!!

16 comments

  1. sangilapi

    dengan pc guna digi jugak ke,bujang3 ?

    memang lawalah CQ42 ni ! apapun bawak bertenang,pelan-pelan sesuaikan diri dengan laptop baru tu.

    ada pun member,boleh le rujuk dengan dia🙂

    • bujang3

      ye…ngan pc (desktop) pun aku pakai digi gak..tak ada pulak masalah…. aku memang minat ngan design baru ni..ok la..pelan-pelan suaikan diri ngan CQ42 nie…

      • sangilapi

        itu yang aku pelik tu,pc guna digi boleh pulak,bujang3……tapi bila ko guna kat laptop baru tu tak boleh pulak !

        macam ni ko kena buat satu entry,misteri CQ42 …kihkihkih

        • bujang3

          mesti kena buat entri tu…tapi tadi aku dah call digi center…dah berjaya download patch tu…connection ok sikit dah..tapi masih tak boleh upload gambar…esok kena call lagi lee

  2. botak

    bro digi broadband best x pakai?
    dulu mula2 pakai celcom broadband tp x stabel kat kawasan tu.
    then tukar ke maxis pulak..
    ok skit laa..tapi skrg dah terminate sbb tgh bercuti 3bulan di rumah dan baru sign up streamyx kat rmh..
    ingt nk pkai digi..tp xde lagi mmber2 yg pkai digi..
    so x tau nak tny sape..
    hehe

    • bujang3

      entah kenapa..orang suka pakai Firefox, tapi aku pulak suka IE…aku dah try dua-dua utk upload gambar tu… tak boleh…tadi tanya member yang pakai streamyx dan windows 7…no problem….

  3. Rizal

    Tahniah kerana abg am sudah berjaya membeli laptop setelah berfikir lebih 48 jam. Memang kemampuan Campaq tak boleh dipertikaikan lagi. Syabas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s