Dulu aku seorang perokok….!!!

Sebenarnya dulu aku seorang perokok…. Bermula seawal tingkatan 5… tapi pada waktu itu aku baru mencuba-cuba…. memang dah tahu yang merokok itu tak bagus untuk kesihatan, tapi dah sifat manusia ni suka buat sesuatu yang bertentangan, tak dapat lah aku nak menahannya…

Waktu aku di salah satu institusi pengajian tinggi di Shah Alam, aku dah mula ketagih walau pun aku tak mahu mengakuinya… Tapi waktu itu masih belajar…. jadi terpaksalah aku mengawal keinginan dan ketagihan aku… duit pun tak berapa ada… yang paling utama….duit pun maka bapak bagi…….

Setelah bekerja…. aku makin kuat merokok…. masa tu aku tak fikir pun kesan pada kesihatan aku…. Janji seronok melayan “candu” rokok tu…. Memang syok….!!!!

Pada 30 May 2008, setelah hampir 21 tahun aku merokok, aku tiba-tiba tumbang…tak sedarkan diri… tak lama…!!! sekitar 10 minit saja…. Tapi aku termengah-mengah….. dada sakit…. muka pucat… akhirnya dengan bantuan jiran…aku di bawa ke hospital…. 3 hari aku ditahan di wad….

Pada masa tu…dada memang rasa bagai nak pecah…. sakitnya… hanya tuhan yang tahu.. Doktor berselisih pendapat..ada kata masaalah jantung, ada yang tak bersetuju… akhirnya setelah 3 hari…doktor bersependapat, aku diserang pneumonia, sejenis penyakit paru-paru, yang menggangu pernafasan…. doktor menasihati aku supaya mengurangkan merokok….

Setelah keluar hospital…ketagihan aku masih ada… aku masih mencuba untuk merokok… setelah aku sedut rokok tu, dada aku terasa sakit… aku jadi takut…lalu semenjak itu aku tinggalkan rokok sehingga sekarang…. Aku dah jadi orang yang bebas dari penjara rokok….. Alhamdulillah….

Semenjak berhenti merokok…aku masih macam ni jugak… Tak bertambah pun income aku… Orang pernah berkata, kalau tak merokok, banyak duit…. emmph!!!  Tak pun… Tak kaya pun… masih cam dulu…tapi, kurang-kurangnya duit rokok RM150.00 sebulan, boleh lah aku buat belanja dapur….

Aku dah bebas…!!!! Korang bila lagi????

6 comments

  1. Mantoi

    Aku start awal sket dari ko … tapi aku sempat stop sebelum mengalami apa2 penyakit pasal rokok … Alhamdulillah …

    Aku stop merokok 1995 … so aku cuma merokok dari 1986 – 1995 kira2 9 tahun jer … Aku stop merokok pasal aku nak kahwin & aku tak nak isteri dan jugak anak2 jadi mangsa ….

    Masa tu rokok harga RM3.80 sekotak 20 … Aku letak duit tuh dalam balang tiap2 hari … cukup sebulan … aku keluarkan .. bule ler bayar letrik & air masa tuh …

    Itu pun dah dpt memberi semangat utk aku stay away from rokok … Kawan2 rapat aku pun faham .. kalu diaorg dtg rumah aku … diaorg akan merokok kat luar …

    • bujang3

      ye la Man…aku memang start lambat… mula ari tu dalam longkang besar kat luar pondok pak guard…minggu last SPM…
      Sebenarnya kalau dah sakit, memang senang nak berenti rokok ni… sebab utama…takut MATI!!!! ha..haa…haaa…

  2. Arzone

    Insyaallah ..coming soon. Cuma x tau nak wat apa time nunggu ikan makan umpan…nyamuk pon nak di halau heh heh. Tapi niat nak berenti tu memang ada … tunggu masa yg sesuai… jgnn sampai semput dtg dulu dah le..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s