Berjinak-jinak dengan dunia IT..
Sebenarnya aku bermula pada awal bulan March 2010 yang lalu…Itu pun sebenarnya tak sengaja…. aku cuma perlu guna e-mail untuk suatu tujuan, yang mana akhirnya aku bertekad untuk melanggan broadband….tak mahu ketinggalan agaknya…
Selang 3 hari dari tarikh itu… akhirnya bermula sejarah perkenalan aku dengan internet ni…. bermula dengan sepatah haram pun tak tahu… aku mencuba mendaftar facebook…. itupun kawan yang beria-ia menggalakkan aku…
Semakin hari aku belajar menggunakannya …ketagih pulak… ada masanya aku tak tidur sehari semalam dibuatnye…maka, faham-faham sajalah, macam mana aku pergi kerja keesokan harinya…. mengantuk giler…..banyak gak benda yang aku buat salah…tapi nasib baik le yang salah tu boleh diperbetulkan..kalau tak entah le…. pitam juga dibuatnye…. itulah bahana teknologi ni…. memang!!!! teknologi ni ada baik buruknye…terpulang pada kita menentukannya.. baik buruk terletak di tangan kita…fikir-fikirkan lah…. bye!!!!