Khasiat madu memang dah diketahui ditambah pula dengan kulit kayu manis!!!
Rasanya, tak perlu lagi nak diperkenalkan tentang kebaikan madu kepada manusia … mungkin ramai yang dah tahu… sedangkan dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang khasiat dan kebaikan madu nie…
Tapi mungkin ada yang tak pernah dengar pasal khasiat madu apabila dicampur dengan kulit kayu manis (dijadikan serbuk).. sebenarnya aku pun tak tahu..
Ok lah, cerita panjang-panjang pun tak guna… teruskan pembacaan untuk mengetahui antara khasiatnya dari segi perubatan…. !!!!
Arthritis
Campurkan satu bahagian madu kepada 2 bahagian air suam dan tambahkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis, buatkan adunan/“paste” dan urutkan perlahan-lahan kepada bahagian badan yang sakit. Biasanya kesakitan akan berkurangan dalam tempoh satu atau dua minit
Atau
Pesakit arthritis boleh membancuh secawan air panas (suam) dengan dua sudu (sebaiknya guna sudu plastik) madu dan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis untuk diminum dua kali sehari ( pagi dan malam ) setiap hari.
Keguguran rambut
Sesiapa yang menghadapi masalah keguguran rambut boleh menyapukan adunan minyak zaitun panas, satu sudu teh madu dan satu sudu teh kulit kayu manis kepada kepala sebelum mandi dan biarkan selama 15 minit, barulah dibasuh dengan air.
Sakit gigi
Buatkan adunan/”paste” dengan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis dan lima sudu teh madu dan sapukan ditempat gigi yang sakit itu. Boleh dilakukan 3 kali sehari sehingga kesakitan itu hilang.
Demam selesema
Sesiapa yang mengalami demam selesema yang teruk, bolehlah meminum campuran satu sudu teh madu dan ¼ sudu teh serbuk kulit kayu manis dan air suam setiap hari selama 3 hari. Rawatan ini mampu menyembuhkan batuk yang kronik, demam selesema dan melegakan selesema dan hidung.
Kolestrol
Dua sudu teh madu, tiga sudu teh serbuk kulit kayu manis dicampur dengan air teh didapati menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 10 % dalam masa 2 jam.
Jangkitan Pundi Kencing
Dua sudu teh serbuk kulit kayu manis dicampur dengan satu sudu teh madu ke dalam segelas air masak lalu diminum. Ia dapat membunuh kuman yang menjangkiti pundi kencing.
Masalah Kesuburan
Telah diketahui sejak dahulukala, madu digunakan sebagai ubatan untuk menguatkan benih golongan lelaki. Bagi lelaki yang mengalami mati pucuk, mengambil dua sudu madu sebelum tidur setiap hari akan menyelesaikan masalah mereka. Di China, Japan dan negara timur jauh, wanita yang mengamalkan campuran serbuk kulit kayu manis dan madu berjaya hamil dan dipercayai menguatkan kandungan.
Penyakit Jantung
Sapukan bancuhan madu bersama serbuk kulit kayu manis ke atas roti dan dimakan setiap hari diwaktu sarapan dapat mengurangkan kolestrol dalam arteri dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung.
Sistem imun
Pengambilan madu dengan serbuk kulit kayu manis mengukuhkan sitem imun dalam badan dan menghindarkan serangan bakteria. Saintis juga telah menemukan kandungan vitamin, dan zat besi yang tinggi dalam madu…
Begitulah serba sedikit tentang kebaikan madu ditambah dengan serbuk kulit kayu manis…
Diharap info ini dapat membantu kepada yang mempunyai masalah kesihatan seperti yang di atas… AMIN!!!!
salam petang sahabat..
wah cam dah jadi dr jer ni..heheeheee
idak le sampai taraf doktor, tapi terlanjur ada info menarik, kongsi le ngan kawan kawan, mana tau dapat merasa manfaatnyer…
madu memang manis..
kalau ber’madu’ baru lah pahit..
huhu
ops…!!! bermadu untuk orang lelaki, masih ada manisnya walaupun seketika, tapi kalau untuk orang perempuan…. mungkin betul kata ko, terasa pahit nye !!! Agaknye la…kena tanya orang pompuan la!!!!
Botak, ade hajat ke? hahah..satu pun pening nak jaga..
betul tu botak !!!!, Ada kawan aku beristeri 3…. orang nampak memang best…tapi dia citer dan nasihat kat aku…. “baik dijauhkan le, pening kepala, hidup makin tak tenang dibuatnyer!!!”…tapi yang bestnyer, dia kata “last-last…bini tue jugak yang bagus.!!!!”
Entah le…aku tak tahu…aku nie masih bujang3…kih.kih.kih!!!!
shhh~
jgn cakap kuat2..
kalau org pempuan tawu dia marah..
isu sensitip ni
ye la…cam ner boleh lari tajuk nie…tajuknyer pasal madu bukan ber”madu”…hihihiii!!!
salam singgah cini..
selsama makn le madu cmpur air limau 🙂
ooo!!! ye ker…satu lagi tips nie!!!! TQ!
banyak juga manfaat kayu manis…
yer lahhh! aku pun baru tau!!!! Khasiat madu memang dah tau lama dah!!!
selama ni kalu terjumpa kulit kayu manis, tepis2 je…
banyak jugak khasiatnya..
sama le cam aku… kalau tak terjumpa info nie, memang tak tahu pun khasiatnyer…
kayu manis kat padang, indonesia banyak gile! dulu beli sekilo 10,000rph je..tu pun dah kira mahal compare dgn tempat2 lain..
kat sana memang murah le tu…. seronok la merantau tempat orang yea!!!!
Salam bujang,
Madu kalau amik lebih leh kencing manis.elok sederhana.cicah ngan roti sedapp…
memang sedap donny….!!! kalau makan yang pure punye, mungkin tak kena kencing manis…itu yang aku tau ler!!!
btl ke blh kena kencing manis..tak pernah dengar pun..mgkn klu mkn madu campuran kotsss..
yang aku tau, kalau makan yang pure punya, gerenti tak kena kencing manis!!!! Kalau makan yang dah dicampur gula, mungkin le kot!!!!
madu mmg sedap & byk khasiatnya..mmg elok klu diamalkan setiap hari..tp kena pastikan madu yg ori..
betul tu, tapi nak pastikan yang ori tu yang susah…. nasib baik ada member yang ambik madu, boleh le beli kat dia, botol sekilo tu harganya RM70.00, boleh tahan gak harganya, tapi penuh khasiat !!!!
boleh saya copy petua ni??hee..best pulak rasa….
boleh…boleh…silakan..!!! Nak “kopi” ke “teh” ke, tak kisah…yang baik untuk di kongsi !!!!!
makasih nich infonya
sama-sama!!!! gembira kiranya maklumat itu berguna!!!
Sy baru je seminggu amalkan…terasa gak perubahan…kurang rasa lapar…boleh lah gak sapa yg nk berdiet…
bagus gak tips tu!!!
sebenarnya, madu asli sesuai digunakan oleh pesakit diabetes… gantikan gula dengan madu.
yang susahnya.. macam mana nak dapatkan madu asli… banyak yang terjual tu tak dapat nak dipastikan… kalau dah bercampur gula… bukan mengelakkan kencing manis.. sebaliknya boleh dapat kencing manis pulakkkk
jalan jalan eh sampai ke sini deh…. dikit2 kasih komeng…… yah sitenya udah cukup menarik kok…… sering2 di update biar tambah mak nyus
Assalamualaikum..
kepada Tuan2 yg nak cari madu ASLI saya ada jual dgn harga RM 60 1kg
Mmg benar madu sgt berguna untuk kesihatan namun kebanyakkan kita hari ini telah diajar dengan ubat yg direncana kan oleh musuh islam
yahudi telah mengunakan WHO sebagai medium untuk menjual ubat yg punca penyakitnya pun dicipta oleh mereka hanya semata2 kerna duit..
untuk hubungi saya 0193023800
facebook saya Haniff Junsi
AsSalam….mmg terbukti kawan sy mengamalkan sesudu teh serbuk kayu manis setiap pagi sbelumm sarapan dan sesudu teh lg sebelum tdo….mmg kurus dan wajah nya kelihatan berseri2…insyallah sy baru nk cuba td dh g kedai beli kayu manis dan suruh diaorg kisar sekali….biar yg asli jgn beli serbuk kayu manis di pasaraya takut dah ad campuran bahan laen…
wallahualam…..
mcm mana pula klu dah kurus boleh tak kasi tambah berat
badan mcm2 dah mkn ni tapi masi lg kurus kering.