Dah banyak sangat kecuaian pihak hospital sejak akhir-akhir ini !!!

Dalam dua minggu kebelakangan ni, terdengar satu kisah tentang seorang isteri yang “cacat” setelah disuntik sewaktu dalam proses melahirkan bayinya. Suntikan itu perlu, dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi yang bakal dilahirkan. Sejak menerima suntikan, mata si isteri ni tak dapat ditutup, yang mana menurut sumber, disebabkan kecederaan saraf akibat dari suntikan yang diterima. 

Waktu makan tengahari tadi, aku terbaca lagi dalam akhbar, suami isteri terbabit telah dipanggil oleh ketua pengarah hospital berkenaan. Pasangan terbabit pergi mengadap ketua pengarah dengan penuh harapan untuk menerima sebarang bentuk pampasan atas kecuaian pihak hospital….Sekurang-kurangnya, begitulah harapan mereka…!!! 

Tapi, hampa…kerana disajikan pula dengan jawapan dan alasan yang kebanyakan tidak difahami oleh mereka…akhirnya… si suami yang tidak berpuas hati bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak hospital….Sudah lah bayi yang dilahirkan itu meninggal….. kini si isteri pulak mengalami kecacatan ..!!! 

Begitulah nasib, sesetengah orang….!!! Memang diakui, bahawa sebagai manusia biasa, kita semua tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi bila kesilapan yang dilakukan itu mendatangkan kesan seperti kematian dan kecacatan, mungkin perkataan maaf saja tidak mencukupi… mungkin perlulah disertai dengan sedikit pampasan sebagai tanda penyesalan terhadap insiden yang telah terjadi…. Mungkin ini dapat menenangkan dan meredakan kemarahan dan kekecewaan yang dialami oleh insan yang terbabit… 

Sebenarnya.. dah banyak kes yang kita dengar, tentang kecuaian pihak hospital terhadap pesakit dan banyak juga kisah bagaimana pihak hospital cuba menutup kesalahan staff @ kakitangan masing-masing dalam usaha mengelak dari disaman oleh mangsa dan keluarga mangsa. Kadang-kadang risau juga dibuatnya, maklumlah… ke mana lagi kita nak tuju sekiranya menghadapi masalah kesihatan, jika hospital dah tak boleh dipercayai….Bagi yang banyak duit, boleh lah ke hospital swasta…yang tiada duit ???? 

Pernah suatu ketika, seorang rakan tersilap diberi ubat oleh pihak hospital…kesannya.. muka jadi kemerah-merahan, tekak sakit, suara hilang dan pening-pening…. Setelah dia rujuk ke klinik swasta pulak, doktor mengesahkan semua tu adalah disebabkan kesan salah makan ubat.. bayangkanlah sekiranya ubat yang salah itu terus dimakan… 

Apa pun..hospital tetap menjadi pilihan bila tiba masa untuk mendapatkan rawatan. Cuma…tawakkal dan berdoa saja lah tidak terjadi seperti mangsa di atas… AMIN!!!!

9 comments

  1. Mentol Bulat

    Memang pun hospital kite ne kalau complaint tak boleh kalau boleh deme yang betul jugak. Buat kata teka – teki orang tua – tua le “sapa orang yang berani bunuh orang” Jawapannye doktor le sebab orang yang dah meninggal doktor saje yang yang boleh sahkan kematian…………

    Fikir-fikirkan lah………….

    Wawawawawawawawa

  2. suri Cahaya Cinta

    salam..
    tulah ada gak terbaca kisah si ibu menanggung kesakitan tambah2 lagi anak yang baru dilahirkan mati..

    Allah mmg angin betullah suri dpt tahu hal tu.Patutnya org cam ni kena amik je tindakan.sok lusa nnti lagi la pkra ni mjdi2 msg2 wat donoh jer. nanti bila pkra tu berlaku kat dia org padan muka.

    bglah pampasan kata org ringanlah skt bebanan suami nd istri tu ni tidk sebaliknya hanya peneragan ttg itu ini yang dihamburkan pd mrka. bgnikah cara org kita melayan pesakit dlm kesusahan??

    kata org berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya.

  3. bujang3

    betul tu suri…memang kesian… dah la malang, dah tu tak ada orang nak ambil peduli… masing-masing nak menutup kesalahan ajer…. jadi kat depa baru tahu….

  4. Nadri

    kesian pd mereka yg menjadi mangsa..rakyat yang krg berkemampuan mmg takde pilihan selain pergi ke hospital kerajaan utk mendptkn rawatan..nak saman kerajaan pun bukannya boleh menang..silap2 buang duit lawyer shj..

  5. Pingback: Bisnis Gosip | Food Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s