Kenapa Chickenpox vs Campak ?
Sebab…
- Orang lebih tahu Chickenpox daripada Cacar Air..
- Orang lebih kenal Campak daripada Rubeola..
- Jadi mudah untuk orang tahu apa yang nak aku ceritakan..
- Lagi pun, sekarang nie, anak sulong aku pulak yang sedang mengalami jangkitan Chickenpox.
- Juga dikenali sebagai Pelentong.
-
-
Aku search kat internet…
Aku google kat internet…
Selama nie, aku pun confuse..
Chickenpox ngan Campak tu sama ker ???
Campak ngan Chickenpox tu sama ker ???
Ramai jugak yang sama confuse macam aku…
Masa bawa anak jumpa doktor, aku dah tanya…
Doktor tu kata, Chickenpox ngan Campak, dua benda yang berbeza…
Chickenpox tu dalam bahasa melayunyer adalah Cacar Air.
Campak tu pulak, dalam bahasa omputihnyer adalah Rubeola.
-
Campak - demam diikuti dengan ruam dan bintik-bintik merah meliputi ke seluruh badan.
-
-
Chickenpox :
- demam diikuti dengan gelembung-gelembung berair yang besar
- gelembung air akan meliputi seluruh badan dalam masa 4 @ 5 hari selepas permulaan demam
- selepas itu akan beransur-ansur pulih
- untuk mempercepatkan semua gelembung air keluar, digalakkan minum air kelapa muda
- mandi air daun bambu – terdapat sejenis enzim dalam daun bambu yang boleh membunuh virus chickenpox.
- daun bambu boleh juga ditumbuk dan dijadikan paste untuk disapu keseluruh badan. (cadangan dari doktor)
- semasa tempoh demam / chickenpox tu,
- jangan kena hujan yang mana akan menyebabkan parut hitam
- jangan makan makanan yang gatal-gatal seperti udang, sotong, kerang, telur, ikan kembung , sardin dan ayam
- jangan makan daging ; menyebabkan panas dalam badan meningkat
- ikan cencaru, ikan merah boleh dimakan
- bila gelembung air pecah dan mula menjadi kuping seperti kudis, jangan di kupil kerana akan meninggalkan kesan berlubang macam permukaan bulan.
p/s ; gambar dari http://www.ciktom.com
peringatan : Segala nota, tips adalah hasil carian dan pengalaman orang lama juga sedikit sebanyak dari panduan dan nasihat doktor. Jika terdapat keraguan, adalah lebih baik mendapatkan khidmat nasihat terus daripada doktor yang bertauliah. Segala kesan yang terjadi hasil dari nota, panduan dan tips di atas, adalah atas tanggungjawab sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesilapan dan salahguna maklumat tersebut di atas.
Posted in Cerita Aku | Tagged cacar air, campak, chickenpox, gelembung air, roubella, ruam | 2 Comments »
Haaahhh !!!
Buta ker celik ????
Nak tergelak pun ada, bila terdengar perbualan bebudak kat sekitar sini.. maklum ler, dah musim cuti sekolah.
Bila masuk musim cuti nie, tak ada lain agenda yang akan berlangsung sepanjang tempoh tu.
Pertama, kenduri kahwin… Sana sini kenduri.. ada saja jemputan yang diterima. Jenuh makan nasi minyak ler…
Kedua, musim berkhatan lerrr…
Haa… tu yang timbul soalan, Buta ker celik tu !!!
Macam-macam !!!
Tapi …
Ada satu lagi peristiwa yang pelik terjadi…. cuma persoalannya yang lain sikit…
Posted in Cerita Aku, Realiti Kehidupan.. | Tagged berkhatan, cuti sekolah, musim orang kahwin | Leave a Comment »
Kurang sejuk ???
Apa ada hal !!! Adjust aircond temperature sampai maximum.
Ok, dah sejuk ..
Lama-lama, entah kenapa, terlampau sejuk pulak dah.
Selang agak-agak lebih setengah jam, angin yang keluar dari aircond vent tu dah tak kuat.. udara kat dalam kereta dah makin panas… Tetiba pulak, keluar asap (wap air) dari aircond vent tu…
Hah… sudahhh !!!
Apahal lak nie ??
Baru masuk 9 bulan, dah buat masalah pulak aircond nie !!!!
Relax… Keep cool bro (dlm hati untuk melegakan perasaan).
Sebelum bawak gi pusat service, surf internet dulu. Mana tau kot ada sedikit panduan tentang hal berkaitan… Mungkin boleh buat sendiri !!!
Jumpa la satu tips supaya mencuci air filter. Mungkin filter dah penuh habuk, pasal tu angin dari aircond vent tu tak kuat… masuk akal gak.. apa pun try dulu ler.
Dah cuci aircond filter (cabin filter) tu. Angin bertambah kuat. Memang sejuk gilerrr.. Sampaikan rasa macam dalam peti ais.. beku !!!
Tapi… masalah masih tak selesai… Kena minta bantuan ler nampak gayanyer…
S.O.S. !!!! Saya Orang Susah !!!
Gi pusat service untuk complain tentang masalah tu. Senang jer doktor kereta tu diagnose.
” Dah selalu terjadi… kalau masalah cam nie, kena tukar thermo amp jer bang !!! Tak per lah, kita claim warranty.. barang dah sampai nanti kita tukar !!!”
Lega !!! At least dah tahu apa masalahnya.
Tiba masanya. Gi ke pusat service untuk gantikan thermo amp tu.
Kedudukan thermo amp tu dekat blower belakang panel suiz dibawah dashboard.
Memang susah gak nak buka dan gantikan dengan yang baru. Tapi memang respect la ngan mamat yang buat kerja tu… Memang sabar dan cool jer… tak sampai sejam.. settled.
Setelah diganti (tanpa sebarang kos – sebab masih dalam warranty). Aircond kembali seperti sediakala.
Alhamdulillah !!!!
Posted in Cerita Aku, Exora, Kenderaan | Tagged Exora tak sejuk, Masalah Aircond Exora, Patco thermo sensor untuk Exora, Temperature sensor Exora, Thermo Amp Exora | 2 Comments »
Pertama sekali aku ingin berterimakasih kepada blog PakarHowTo kerana membenarkan header dari blog tersebut diletakkan disini. Begitu juga kerana membenarkan penggunaan tajuk yang serupa. Cuma ceritanya berbeza.
Kisahnya bermula begini.
Sedang aku membaca post di fb, terdapat satu link yang dikongsikan oleh seorang teman dizaman persekolahan aku dulu. Link tersebut membawa aku ke blog PakarHowTo dengan membawa tajuk Apakah Maksud Hidup Anda ? .
Satu persoalan dan isu yang aku rasa cukup menarik. Mungkin selama ini, kita jarang berfikir tentangnya atau mungkin tidak pernah langsung terlintas di fikiran.
Sambil aku membaca post tersebut, siap dengan sajak yang cukup menarik, aku kembali ke fb kepunyaanku. Rakanku tadi telah bertanya, samada aku telah temui jawapan kepada persoalan itu…
Terkejut sebentar.. terdiam… Jujur, aku pernah gak terfikir kepada soalan itu. Namun, diakhirnya tiada jawapan yang dapat aku berikan. Baik kepada sesiapa yang bertanya, mahupun kepada diriku sendiri…
Mengapa ????
Mungkin kerana aku takut menjadi seorang yang hipokrit… Biasanya, manusia cenderung kepada jawapan yang sekadar menyedapkan diri sendiri dan orang lain. Jawapan yang ala-ala baguusss, gitu…
Yang nyata atau benar, hanya tersimpan kemas dilubuk hati sanubari kita. Hanya kita yang tahu, walau tidak kita akui…
Hermmm !!!
Antara jawapan sedap didengar yang aku fikir akan diberikan ( bukan oleh orang lain, malah termasuk diri aku sendiri ).
- Mencari keredhaan Allah yang Maha Berkuasa
Memang bagus sekiranya kita ikhlas dengan jawapan yang diberikan itu, Tanya kembali kepada diri, sejauh mana kita menjalani kehidupan mengikut garis panduan Islam dalam usaha untuk mendekatkan diri dan mencari keredhaan Allah.
Jujur kepada diri… Bagaimanakah cara hidup kita selama ini ???
Namun, bukanlah pulak terlambat untuk kita memperbaiki diri, menuju kehidupan ke arah keredhaan Allah.
Alhamdulillah !!! Syukur, kerana ada pihak yang telah membuka mata kita untuk berfikir kearah kebaikan.
- Cukuplah menjadi orang yang bahagia dalam kesederhanaan
Selama mana kita sebagai manusia akan merasa puas dan cukup dengan segala yang kita miliki. Tidakkah nanti, akan timbul pula keinginan untuk menjadi kaya. Bila sudah kaya, tidakkah nanti akan meminta supaya bertambah kaya.. Sesungguhnya manusia tidak pernah puas dengan apa segala didunia ini.
Bayangkan, telah diberikan hujan oleh Allah Ta’ala, kita merungut… Telah diberikan kepanasan cahaya matahari pun kita tetap merungut.. Dimanakah yang boleh dianggap cukup oleh seseorang manusia ???
Begitulah dua antaranya. Mungkin ada lagi jawapan-jawapan standard yang tak terfikir oleh aku. Apa pun, terpulanglah kepada masing-masing.
Terima kasih kepada PakarHowTo atas persoalan yang dibangkitkan.
Renung-renungkan lah !!!
Posted in Cerita Aku | Tagged redha, cukupla, bahagia, sederhana, apakah maksud hidup anda | 2 Comments »
Amacam ???
Menyelerakan tak ???
Tu dia, Chef Bujang3 dah tunjuk skill …
Sekarang ni kan demam Master Chef yang selalu ke udara di kaca tv setiap minggu. Memang syok, bila melihat peserta bertungkus lumus menyiapkan sajian yang dikehendaki oleh Master Chef yang akan menilai hasil masakan mereka.
Hasil yang disajikan pula, berbagai rupa. Nampak sedap-sedap belaka. Boleh tahan lah, depa tu. Tapi malangnya, asyik kena komen ajer dari ketiga-tiga chef yang menjadi pengadil tu. Apa nak buat, masih belajar… kena terimalah segala komen dari yang pakar…
Jadi, bersempena dengan rancangan Master Chef Malaysia yang julung-julung kalinya bersiaran ke udara, Chef Bujang3 pun tak mahu ketinggalan. Walau pun hanya sibuk di dapur rumah sendiri ajer… (buat semak dapur ler tuuu !!!)
Teringin la, pulak Chef Bujang3, nak berkarya. Maka terhasil lah resepi chef yang terbaru iaitu resepi yang diberi nama…
Garlic Bread bercicah Sos Cendawan Keju dengan Crouton !!!
Fulamakkk !!! Namaaaa !!! Dah rasa macam professional la pulak…
Hehehee !!!
Jangan panik yer akak-akak, makcik-makcik, suri rumah semua… Chef Bujang3 buat resepi segera ajer… tak ada yang gempak pun…. Beli ajer Sos Cendawan Keju Dengan Crouton..
Masukkan air panas, kemudian kacau…
Dah siap, puan-puan sekelian…
Apa pun, dah sendiri nak makan, buat ajer la…
Selamat mencuba….
Hahahaa !!! Macam kat dalam rancangan masakan la pulakkkkk!!!
Posted in Cerita Aku | Tagged Chef Bujang3, Garlic Bread, Master Chef, Master Chef Malaysia, Sos Cendawan, Sos Cendawan Keju, Sos Cendawan Keju dengan Crouton | Leave a Comment »
Salam untuk semua…
Suatu ketika, aku di”diagnose“, menghidap diabetes.
Waktu itu, dunia aku jadi gelap… Kucar-kacir…
Takut nak makan, walaupun perut memang lapar gilerrr..
Masa tu, aku heran jugak… Camna orang lain yang senasib dengan aku yang telah di”diagnose” menghidap diabetes, dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan.
Tak macam aku… Gempar jugak dibuatnya…. Maklum ajerlah, bacaan gula dalam darah ketika itu mencecah sehingga ke angka 18. Sejujurnya aku tak berapa pasti, nilai 18 itu sebenarnya… adakah sudah boleh dianggap diparas bahaya… atau bagaimana !!!
Makan ubat. Itu yang telah disarankan oleh doktor (bukan DrSinga, sebab belum pernah jumpa dialam nyata). Aku terima hakikat itu.
Mak aiii … dah makin banyak ubat yang perlu aku telan setiap hari… mana dengan ubat darah tinggi lagi… ubat kolesterol lagi… alamat kenyang ubatlah aku nie..
Dah jenuh aku makan ubat kencing manis nie… masih tak turun lagi kadar gula dalam darah… berlegar sekitar 13.6 dan 15.8 ajer… bila nak turunnya.. perut asyik lapar jer, menahan makan.. berpantang.. tapi tak mendatangkan hasil…
Frust… bukan setakat frust.. malah, frust gilerrrr..
Sambil tu.. Macam-macam yang rakan-rakan minta aku cuba makan dalam usaha mengawal keadaan kencing manis aku tu…
Daun Sentang…
Ulam-ulaman terutamanya petai….
Dah aku cuba.. tapi kalau nak cerita pasal daun sentang nie… pahitnya…. alahaiiii … Aku memang tak tahan makan benda-benda pahit nie… Akhirnya aku mengalah..
Seorang rakan pula mencadangkan supaya aku cuba pulak buah tunjuk langit… pernah jugak la aku dengar pasal khasiat buah tunjuk langit nie… Maka, suatu hari aku belilah untuk aku cuba…
Alhamdulillah… tak pasti adakah disebabkan oleh buah tunjuk langit tu atau tidak… tapi dalam minggu nie.. dua kali aku jumpa doktor, bacaan jatuh kepada 6.2 dan 5.1..
Percaya atau tidak ???
Ermmm !!! Entahlah.. tapi yang pasti aku masih terus mengamalkannya sehingga sekarang…
Bagaimana rupa buah tunjuk langit yang ajaib tu ???
Cara makannya ???
Untuk aku.. Aku pecahkan sehingga kecil-kecil dan aku telan seperti makan ubat… tapi kepada sesiapa yang tahan dan mampu, lagi bagus kiranya dapat mengunyah sebelum menelan…
Tapi AWAS …. jangan cakap aku tak warning…
PAHITTTTT !!!!
Dibawah adalah gambar buah tunjuk langit (ada jugak yang menggelarkannya SKYFRUIT) itu…
Beginilah rupanya setelah dipecah-pecahkan sebelum aku telan seperti makan ubat…
Amacam…???
Nak cuba ???
Posted in Cerita Aku | Tagged buah tunjuk langit, darah tinggi, diabetes, diabetic, gula dalam darah, kolesterol, pahit, skyfruit, telan macam ubat, ubat kencing manis | 6 Comments »
Baru-baru ini, seorang wanita berbangsa Arab telah mencetuskan kemarahan umat Islam dan juga bangsa Arab kerana telah meletakkan gambar bogelnya sendiri di blog kepunyaannya atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia.
Ada juga pihak yang menghukum bunuh atas perbuatannya yang jelas sekali mencemarkan imej Islam di mata dunia.
Menurut laporan sesetengah akhbar, terdapat 40 orang wanita Yahudi yang berbogel beramai-ramai bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Alyaa al Mahdi ini.
Manusia akhir zaman dah semakin hilang sifat malu dalam diri. Semakin sampai ke penghujung zaman, manusia nampaknya telah memilih untuk kembali ke zaman jahilliah tanpa sedar.
Memalukan….
Posted in Sana Sini | Tagged Alya al Mehdi, Alyaa al Mahdi, Alyaa al Mehdi, wanita Arab berbogel, Yahudi bogel | 6 Comments »
Readings.
18
13.8
13.6
11.2
7.7
19.2
11.6
Not well controlled.
Itu respond yang aku dapat bila doktor tengok readings gula darah darah aku.
Aku jawab, ” Memang payah la doktor. Selera makan kuat sangat. Perut nie asyik lapar jer… cam na, nak kontrol.. Makan ubat saya ok jer, tapi bila bab nak pantang makan nie… susah sikit… “
Doktor : ” Kalau susah sangat, kena tambah dos ler … “
Aku tanya, ” Tak bahaya ker, kalau makan ubat banyak-banyak ??? Pernah dengar orang kata, nanti effect buah pinggang pulak ..!!! “
Doktor : ” Kalau dibiarkan kadar gula macam tu, lagi cepat buah pinggang tu rosak “
Aku ( dalam hati ) … ” pi mai-pi mai tang tu jugak la jawabnya… cuma cepat ngan lambat ajer la… “
Aku ( lagi dalam hati ) .. ” tambah jer la dos tu doktor, janji aku tak payah nak pantang makan sangat, tak ter”kontrol” rasanya bila tengok cheese cake la… nasi goreng ayam laaa dan macam-macam lagi… maklum ajerla, masih berseleraaa…. “
p/s ; betul ker apa yang aku pikir nie… munasabah ker ????
Apa-apa ajer laaaa….
*** Wassalam ***
Posted in Cerita Aku | Tagged buah pinggang, darah, diabetes, doktor, dos, gula, ubat | 10 Comments »
First of all, i have to say that i really enjoy driving this MPV…
The feeling is great !!!
Lagi pun… aku dah beli.. takkan nak kutuk kereta sendiri kot !!!!
Apa pun… ikhlas … memang syok tambahan untuk family yang ramai…. cuma ruang tempat letak barang yang kecil berbanding dengan kereta… Nasib baik seat belakangnya boleh di baring terus untuk mendapatkan ruang tempat barang yang lebih besar… Dan, sekiranya tidak terlalu banyak barang, seat belakang juga boleh dibaringkan separuh …
Janganla nak dibandingkan dengan MPV lain yang mahal-mahal harganya.. atau yang rata-rata cc-nya lebih dari 2.0.. sure lah ketinggalan dari banyak segi…
Sepanjang 6 bulan aku menggunakan MPV nasional yang pertama nie, tiada masalah besar yang aku alami… dan aku harap semoga ianya berterusan begitu.. cuma !!!
Pada bulan pertama,
Baru aku tersedar, soket kuasa 12V aku tak berfungsi… Itu pun aku sedari ketika aku membeli vacuum untuk kereta.. tak pasal-pasal aku bergaduh ngan salesman tu pasal nak minta refund. Akhirnya dapat jugak refund tu…
Bila aku test ngan adik aku punya cigarette lighter barulah sedar yang benda tu tak berfungsi…
Bila gi kat service center, small matter… dia punya electrical wiring jer yang tak touching.. matter resolved …
Pada bulan ke-empat pulak.
Aku dapat surat dari Proton, minta aku bawa kereta aku tu ke pusat service.. kena tukar radiator fan motor … tiada masalah pada kereta aku, tapi sebab benda tu free jer dan under warranty, tukar jer laaa….
So far.. itu jer la…
Yang bestnya pulak (bagi aku ler) …
- ruang yang luas dan selesa
- air-cond yang sejuk ( aku amik model M-Line, air-cond vent terdapat di setiap ruang tempat duduk ) – penting sebab anak-anak aku selalu bising kalau tak merasa angin sejuk dari blower..
- seat belakang yang boleh dibaring terus @ separuh mengikut kesesuaian..
- ruang dalaman yang senyap …
Yang kurang best pulak …
- kuasa pecutan yang kurang sikit tambahan bila membrek dan cuba memotong kereta di depan yang perlahan
- bunyi enjin kuat sikit dari kereta
- kuasa mendaki yang sedikit kurang ( bagi jalan yang curam ), kalau setakat bukit di lebuh raya utara selatan selepas Gopeng dari Ipoh tu tak jadi masalah kalau dalam keadaan sedang memecut kecuali la pulak ada mamat yang bersantai pulak menghalang di hadapan…
Yang lain tu… tak ada comment la buat masa nie…
Apa pun… aku harap, bagi yang tercari-cari kebaikan dan keburukan EXORA untuk dibuat survey sebelum mengambil keputusan memilikinya dapat mengambil kira apa yang aku kisahkan kat atas tu sebagai pedoman….
Posted in Cerita Aku | Tagged 6 bulan pengalaman bersama EXORA, Exora, EXORA dan aku, kebaikan EXORA, keburukan EXORA | 5 Comments »


















