Tagged: tutorial

Tutorial untuk pengguna baru wordpress ~ Membuat tutorial lebih mudah dengan fungsi screenshot !!!

Sebelum aku mulakan sesi tutorial ini, terlebih dahulu aku rakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada saudara Boss dari Hujanbatu.com kerana telah dengan senang hati memberikan tips ini apabila ditanya tempohari. Semoga lahir lebih ramai dikalangan blogger yang ikhlas memberi tunjuk ajar kepada yang memerlukan, seperti yang ditunjukkan oleh saudara Boss kita nie… 

Ok lah, berbalik kepada sesi tutorial kita pada kali ini… sebenarnya untuk membuat sesuatu “screenshot” itu adalah mudah… tetapi, mudah bagi yang tahu…bagi yang tak tahu, memang lah rasa susah…!!! 

Serupa macam aku sewaktu mula ber”blog” 3 bulan dahulu, mungkin rasa susah kerana tidak mengetahui kaedahnya… betul lah kata orang, kalau tak cukup ilmu, memang susah nak melakukan sebarang kerja…. 

Langkah-langkah untuk membuat “screenshot” itu, adalah seperti di bawah :- 

1. Tekan sahaja butang “Print Screen” untuk copy imej yang terpapar di skrin komputer kita. 

 

2. “Minimize” @ “Close” dulu skrin tu… 

setelah printscreen, close window untuk step seterusnya !!

3. Buka “Paint” application… 

hasil setelah tekan "ctrl + v" (paste)

4. Tekan “Ctrl” + “V” untuk “paste”kan imej yang dikehendaki tadi…. 

5. “Save”kan imej tadi, tapi tukarkan extension dia kepada .jpg untuk dapatkan file berbentuk imej…  

save dan tukar extension kepada .jpg

hasilnya....

6. Setelah itu, anda bebas untuk membuat sebarang perubahan pada imej tadi cthnya : “Crop” @ “resize”… terpulang kepada selera masing-masing… 

7. “Screenshot” ini bukan hanya untuk penggunaan wordpress sahaja, malah sesuai untuk semua application…begitu juga untuk membuat live presentation.

 Selesai….!!! Mudah bukan ???.. Selamat mencuba !!!!

 p/s : Tutorial ini khas untuk pengguna baru wordpress, bagi otai-otai blogger tentu dah expert dengan isu yang diutarakan ini dan diharap dapat memberikan komen sekiranya terdapat kesilapan dalam pembentangan isu oleh bujang3… !!!