Tagged: Tangki overflow

Air tangki overflow…

Dah beberapa minggu air tangki menitik melalui paip overflow jatuh ke longkang di belakang rumah…

Titisan air yg kecik, tu buatkan aku tak amik peduli sangat.. lagi pun bila pikir nak naik atas bumbung…. malas rasanya… tambahan pulak saiz does matter….

Berminggu-minggu lah kedengaran irama titisan air setiap kali aku ke dapur.. air betul betul jatuh di luar cermin tingkap dapur. Kadang kadang runsing jugak bila nampak “air terjun” kecik tu..

Akhirnya.. baru baru ini, titisan air tu dah sah sah jadi air terjun… mencurah curah pulak dahhh.. haru.. sayang pulak tengok pembaziran di depan mata..

Tak boleh jadi ni… “pelampung dah rosak la nie” kata hati.. dah nak pergi hardware dah rasanya.. tapi terdetik pulak nak intai-intai dulu.. tangga aku pulak tak sampai bukan pasal aku nie pendek, tapi betul… tangga tak sampai.. cuma 6 step ajer…

Mula lah misi cari tangga.. Pinjam ngan jiran ler… apa ker lagi… akhirnya, ada lah satu jiran baik hati dan kebetulan ada tangga yang banyak sekali step nya…

Maka bermulalah misi D.I.Y aku.. memula misi mencari masalah dan punca.. bila aku test pelampungnya.. berfungsi pulak… idak ler rosak.. mana pulak ler datangnya air yang bak air terjun tuuuu..

Aku teka teka jer… aku rasa melalui benda nie kot.. (sila rujuk gambar)…

IMG20170501085606

Aku try ler ketatkan kepala paip tu.. air makin kecik, walau pun masih berlinangan…. ketat seketat ketatnya masih tak boleh berhenti … masih gak menitis… masih gak berderai-derai…

AIR MATA YANG BERDERAI.. SIAPA YANG MENGHAPUSKAN… HATI KERING DAN GERSANG, SIAPA YANG MENEDUHKAN…

Eh!!! Masyuk Tiada Lagi Kidungmu la pulakkkk…

Suruh wife tutupkan paip utama kat depan… (masa kat atas nie, order jer, suh orang buat itu, buat ini.. hehehe)

Dah tutup tu, aku longgarkan dan cabut kepala paip yang putih tu… rupanya, washer nya dah rosak.. patut ler dah ketat pon masih meleleh lagi…

Aku D.I.Y -kan ajer… amik tube basikal yang dah tak pakai. Gunting bulat dan gunakan sebagai alat ganti washer… tadaaaa… berjaya dan jimat…

IMG20170501095904

Misi berjaya…

Tapi.. alang-alang melangkah alang kat atas bumbung tu, aku terus cuci tangki yang berkeladak dan menjadi perkuburan kepada beberapa mayat lipas yang terkorban dalam tangki tu…

IMG20170501085621

Penat gak la nak laksanakan kerja kerja cuci dan repair tu.. dah la panas.. macam sauna pulakkk.. sesiapa yang teringin nak kurus badan, boleh ler agaknya nak sauna kat atas bumbung nie…

IMG20170501105027

Akhirnya seletelah dibersih dan dibuang mayat lipas tadi, maka selesai lah tugas tugas tak rasmi hari nie….

PicsArt_05-04-10.37.43

Barulah senyap sunyi, tiada lagi deraian air terjun kecik atau besar kat luar tingkap belakang rumah..

Isu selesai..

Kes closed..

Babai…

Lapuran dari wad di Hospital Bainun, Ipoh.. jam 11.37 pm…

p/s… sila ALERT yer… kes bukan di hospital… kesnya di rumah, lapuran saja ditulis semasa di hospital..

HARAP MAKLUM…

Advertisements