Tagged: sms

Kad raya dah ketinggalan zaman ???

Kuantan – “Bayangkan, sekeping kad raya masih tak dapat saya jual pada tahun ini”. Demikian rungutan seorang peniaga, Saroja Devi, 47, mengenai sambutan lesu orang ramai terhadap penjualan kad ucapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. 

Sumber : Kosmo ! bertarikh 23 Ogos 2010.

Zaman sekarang, teknologi dah makin berkembang maju. Dalam melahirkan ucapan sempena musim perayaan, muda mudi zaman sekarang sudah tidak lagi ghairah membeli kad-kad ucapan untuk dihantar kepada sanak saudara dan rakan taulan seperti waktu-waktu dahulu..

Suatu ketika dahulu, setiap insan pasti tertunggu-tunggu untuk menerima kad-kad ucapan dari sahabat handai, saudara mara. Kehadiran kad-kad ucapan sedikit sebanyak menambahkan lagi kemeriahan suasana hari raya dengan dijadikan sebagai dekorasi tambahan untuk menyerikan rumah selain dinding yang bercat baru.

Sekarang ini, ucapan lebih selesa dihantar melalui sistem perkhidmatan pesanan ringkas samada berbentuk teks atau pesanan bergambar dan juga melalui e-mail. 

Jadi…

Benarkah ???

Kad raya dah ketinggalan zaman ???