Tagged: senda gurau

Nostalgia Di Bulan Ramadhan !!!

Salam untuk semua !!!

Bujang3 dah kembali .. !!!

Ucapan terima kasih didahulukan buat semua pengunjung blog nie terutama sahabat-sahabat blogger yang regular…. yang baru menjejakkan kaki ke laman blog nie pun tidak dilupakan… semoga dengan lawatan pertama itu akan mengundang keinginan untuk terus kembali bersama di halaman blog aku yang tak seberapa ini.. InsyaAllah !!!!

Oleh kerana sekarang nie bulan pose… nak ber”blog” pun dah kesempitan masa… balik dari kerja, sebelum berbuka pose, boleh ler layan jap, pas tu sambung semula selepas solat terawikh…. akhirnya.. tengah malam ler baru boleh merapu !!!!

Untuk celoteh pada tengah malam nie..cuma satu soalan saja nak tanya ….

Apa nostalgia korang (waktu budak-budak) dalam bulan Ramadhan ???

Buat aku … terkenang kisah aku berpuasa sewaktu aku dan keluarga menetap di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani… Sewaktu itu aku masih bersekolah rendah (tak ingat darjah berapa)… aku tinggal di flat di dalam kem askar tu, tingkat 2…. Pada hari pertama berpuasa… rasanya lah… pada waktu petang, seperti biasa aku dan kawan-kawan pada masa tu, bermain “galah panjang” la, “polis sentry” la, dan ada satu permainan waktu dulu2 yang menggunakan dua batang kayu, satu panjang dan satu pendek (tak ingat namanya)… (budak2 sekarang dah tak main permainan fizikal cam tu dah, sekarang nie asyik ngan komputer game ajer, agaknya ..pasal tu bebudak sekarang ramai yang gemuk-gemuk.. kurang berlari !!!).

Dalam pada aku bermain itu, sempat pulak aku balik ke rumah dan terus buka peti ais, terus minum air yang sejuk dan nyaman itu… tiba-tiba.. emak aku menegur..

“Aik !!! Tak pose ker ?? ” (bukanlah dalam nada yang marah, sekadar menegur jer)… rupa-rupanya aku terlupa… hampir menangis aku kerana rasa bersalah…akhirnya emak memujuk dan mengatakan pose aku masih sah, terlupa tak mengapa…. baru lah aku kembali ceria… begitulah perangai ketika budak-budak….  

Bila dah dekat berbuka, terlalu letih.. aku ambil air yang sejuk dan nyaman dari peti ais.. bukan nak minum, tapi aku mandi ngan air tu…memang sejuk giler.. tapi aku rasa puas, segarrr !!!! Bila dah masuk waktu berbuka, aku bedal air ais banyak-banyak… dah sehari suntuk bermain, memang dahaga giler !!!! Selepas tu pulak, aku cari selimut… badan dah menggigil kesejukan… Haaa !!! perangai nie, aku dah nampak kat salah sorang anak kembar aku !!!

Pada ketika itu, tak ada bazaar Ramadhan nie… waktu itu, emak aku buat kueh lebih… pas tu, aku ditugaskan menghantar juadah yang emak masak tu ke rumah jiran-jiran… bayangkan lah.. rumah flat… di tingkat yang sama sajer pun dah berapa rumah… akhirnya, waktu berbuka, dah banyak juadah terhidang di atas meja, hasil dari “balasan” juadah dari jiran-jiran tadi… Hmm !!! mewahnyer berbuka puasa !!!

Begitulah serba sedikit, nostalgia aku dalam bulan Ramadhan… Bila diingat-ingat …tersenyum sendirian !!!

Korang cam ner pulak ???? Boleh ler share sikit !!!!