Tagged: pengangkutan percuma ke Hospital Raja Permaisuri Bainun

Tahukah Anda??? – Pengangkutan percuma ke Hospital Raja Permaisuri Bainun!!!

Tahukah Anda? ??

Akibat kekurangan tempat letak kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pihak hospital telah mengambil pendekatan dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Velodrome Rakyat ke hospital, pergi dan balik.

Perkhidmatan percuma ini, bermula dari jam 7:15 pagi setiap hari. Oleh itu, pengunjung @ pesakit yang memerlukan rawatan boleh la meletakkan kenderaan masing-masing di Velodrome Rakyat, dan menaiki pula kenderaan yang disediakan oleh pihak hospital untuk mengangkut pesakit @ pengunjung ke perkarangan hospital.

Setelah selesai urusan, bolehlah menunggu di tempat hentian tadi untuk kembali mendapatkan kenderaan yang diletakkan di Velodrome Rakyat.

Perkhidmatan ini telah dimulakan sejak setahun yang lalu. Namun hasil dari soal selidik yang Bujang3 lakukan, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan ini.

Mungkin kerana tidak ramai yang mengetahui akan perkhidmatan yang disediakan. Mungkin ramai juga yang beranggapan bahawa ianya akan melambatkan pergerakan, maka lebih selesa membawa kenderaan terus je hospital walaupun terpaksa berpusing-pusing beberapa kali sebelum dapat meletakkan kenderaan di petak tempat letak kereta akibat ketiadaan tempat kereta yang mencukupi.

Apa pun, terpulanglah kepada keselesaan masing-masing. Perkhidmatan telah disediakan. Percuma lagi… Nak guna atau tidak, itu terserah.

image

image

Kenderaan yang disediakan

image

Tempat menunggu