Tagged: marah

Hampeh punya customer!!!! Senang-senang aje nak marah orang !!!

 

darah dah mengelegak cam lava gunung berapi !!!

Hari ini bermula dengan baik, tanpa ada tanda-tanda akan berlaku peristiwa menyesakkan dan meledakkan api kemarahan (semalam isteri)  dalam hati aku….. Suasana pagi, aman damai..selesa… cuma…!!! Selepas kembali dari waktu rehat (makan tengahari), peristiwa itu berlaku… Yang sebenarnya, aku pun cuma, cover tempat member aku sementara dia pergi sembahyang jer… bukan department aku pun….!!!

Sedang aku melayan seorang pelanggan, dan sememangnya urusan pelanggan itu mengambil sedikit masa….datang seorang lagi pelanggan meminta perhatian aku, lalu dengan baik aku meminta dia menunggu sementara aku menyelesaikan urusan aku dengan pelanggan pertama….

Masih dengan urusan pelanggan pertama, datang pula pelanggan ketiga yang juga meminta perhatian aku…. Seperti pelanggan kedua tadi, dengan baik, aku meminta dia juga menunggu gilirannya sebelum aku melayan segala permintaan dia… tapi dengan tak semena-mena dia pulak mula marah-marah….

berasap telinga !!!

   “ Kenapa pulak saya mesti tunggu, takkan tak ada orang lain yang boleh attend saya….!!!”, dengan meninggi suara…. Terpinga-pinga juga aku dibuatnya…memang pada masa tu tak ada orang lain lagi…cuma aku seorang ajer           

     “ Macam nie, saya nak komplen la..!!! Mana you punya manager ??? ”, tanya pelanggan tadi…masih dengan nada yang tinggi… aku pun dah tak boleh tahan…… aku mula la nak marah…. Darah dah mula mengelegak……

 “ Nak komplen, komplen la…!!! Manager ada dalam bilik kat depan !!!”, aku pulak yang mula meninggi suara….

Pelanggan itu pun terus berjumpa manager…. Entah apa yang dia cakap pun aku tak tahu….tapi yang pastinya, dia datang balik untuk meneruskan urusan dia… aku buat tak tau aje…terus attend pelanggan pertama sampai selesai…. Lepas tu, member aku yang pergi sembahyang tadi pun balik, maka aku serahkan kembali tugas kepada tuan empunya department… terus aku tak layan pelanggan ketiga tu….

Pelanggan tu terus membebel kat member aku… “ Saya tak tau… saya pun baru mari sini, apa pun tak tau…nak komplen you pergi jumpa manager ”, member aku pulak yang bosan melayan pelanggan tu…

Akhirnya….. pelanggan tu terus dengan bebelan dia…kitorang buat tak tahu aje…setelah selesai segala urusan dia pun meninggalkan pejabat kitorang…

MAMPUS KAU LA !!! BABI PUNYA CUSTOMER !!!!”

 Masing-masing meluahkan perasaan…!!!

rasa nak cekik sampai mampus, customer tu !!!

p/s : memang orang kata customer is always right, tapi ada sorang kawan aku pulak sambung … “but, we have our right too!!”

pps : lagi pun, aku bukan patung yang boleh dia marah tak tentu pasal….!!!