Tagged: hutang

Kad Kredit : Kemudahan atau Beban !!!!

Pernah tak terjadi kat korang… datang seorang agen, meng”offer” kad kredit siap dengan free gift sekali….. 

Bagi yang belum pernah menggunakan kad kredit, mungkin tertarik dengan offer-offer sebegini… tapi bagi yang dah pernah menggunakan kredit kad terutama bagi yang memiliki lebih dari satu kad, tentu bertindak menjauhkan diri dari agen tersebut.

Takut…!!! Dah biasa terperangkap dengan hutang kredit kad yang akhirnya mencapai jumlah ribuan ringgit…. Dah nekad, tak nak tengok kredit kad lagi……tapi, kadang-kadang mulut kata tak nak, tapi hati dah termakan ngan pujuk rayu si agen…. Akhirnya sign jugak application form tu….

Contoh kad kredit

Aku bukan sekadar cakap kosong, tapi bercakap dari pengalaman…. Buat masa nie…aku dah anti ngan kad kredit ni…. Simpan mana yang dah ada ajer (nak kensel tak boleh…. masih ada hutang lagi)… dah serik nak apply yang baru… “JERANGKAP SAMAR TU..!!”

Masih aku ingat lagi (masa tu aku tak layak pakai kad kredit nie), suatu ketika dulu… sesiapa yang mempunyai kad kredit ni, dipandang tinggi statusnya…. Tapi sekarang, kalau menggunakan kad kredit, orang pandang semacam jer… “banyak hutang le tu…!!”, mungkin itu le yang orang akan fikir…. Zaman dah berubah, kad kredit bukan lagi melambangkan ketinggian status seseorang…

kemudahan???

Sebenarnya, kalau dikaji betul-betul…. Kad kredit adalah kemudahan…tapi dah disalah guna oleh kebanyakan orang… kalau diguna dengan cermat, ianya memudahkan…. Nak gi shopping pun tak payah bawa duit banyak…. Cukup sekadar bawa sekeping kad plastik…. Cuma bayar ajela bila terima bilnya dihujung bulan…

Kalau berhadapan dengan saat kecemasan, boleh guna kad plasik tu… tak perlu tergopoh-gopoh nak cari mesin ATM untuk mengeluarkan wang (kalau ada duitnye ler)….Memudahkan…!!! Sekiranya perlukan wang (cash) dengan segera, boleh la pergi bank …ambil Cash Advance.. (cuma, bayar aje la dia punya advance fee)..kalau nak pinjam kat kengkawan ke, adik beradik ke… belum tentu depa ada duit (atau mungkin tak sanggup nak bagi)…lagi pun….jatuh le air muka tu…. Kena jugak jaga air muka….betul tak ???, Jadi….!!! Mana lagi nak harap….??? Kad kredit le, jadi teman yang sejati….

Beban ???

Itu… antara bab yang baiknye le…. Ada jugak bab yang buruknye…. Bayangkanlah kalau dah “enjoy” sakan… terbeliak le biji mata bila dapat bilnye dihujung bulan…mau rabak poket time-time hujung bulan nanti….

Pas tu… ramai yang mempunyai lebih dari satu kad…. Bayangkan la, kalau satu kad, hutang sampai RM4 @ RM5 ribu, kalau dah sampai 4 @ 5 kad… cam ner… Tak pening kepala ke !!!… Dah jadi beban la pulak…

Gitu ler serba sedikit perbandingan antara kemudahan dan beban bila menggunakan kad kredit… Jadi, kalau sesiapa yang teringin nak memohon dan menggunakan kad kredit…. Fikir masak-masak… dah terjerat nanti susah…tapi kalau masih memerlukannya, gunalah secara berhemah….

Ingatlah… dah ada yang bankrap, gara-gara menggunakan kad kredit nie… Apa-apa pun….

fikir-fikirkan lah !!!!!

TEPUK DADA…TANYA SELERA (kalau masih berselera lah, bila tengok bil yang datang tiap-tiap hujung bulan..!!!!)