Tagged: hasad

Hakikat Kehidupan !!!

Peristiwa terjadi….

Di suatu petang…

Yang mana, akhirnya menyedarkan aku dari lena yang panjang…

Kembali ke alam nyata ….

Mengakui akan hakikat kehidupan…

Yang mana, dalam lena panjangku…

Mimpiku…

Kehidupan begitu aman

Jujur …

Tulus …

Ikhlas …

Namun..

Kadangkala kita lupa dan alpa, kerana telah terlalu selesa…

Kadangkala.. dek kerana terlalu naif dan mudah percaya..

Kita lupa… ada mata-mata yang sering menjeling, melirik ke arah kita…

Dengan sulaman perasaan yang dipenuhi hasad…

Dengki…

Iri….

Mana mungkin kita sedari semua itu ???

Kita bukan seperti mereka….

Yang menghulur tangan, berjabat , tanda persahabatan …

Namun tersisip, suatu rasa yang bergelumang dengan hasad, dengki dan iri…

Kenapa mesti begini ????

Mereka umpama keluarga…

Bergurau senda… gelak tawa yang sentiasa bergema memecah kesunyian…

Tiada erti kah semua itu pada mereka ???

Memang..

Kadangkala kita berselisih pendapat !!!

Kita percaya, itu semua tidak melunturkan kekeluargaan…

Ternyata kita silap …

Di saat kita begitu percaya..

Mereka menikam dari belakang….

Sanggup membunuh kita, hanya kerana melayan sekeping hati yang telah terpalit perasaan iri tak bertepi….

Mencurah pasir ke mangkuk nasi kita…

Tak pernah kita lakukan seperti itu kepada mereka…..

Sanggup mereka !!!!!

Begitulah pentas.,,

Teater kehidupan yang skripnya terlalu sukar untuk kita yang naif ini, mentafsirkannya !!!