Tagged: fasakh

Bila cinta di dusta !!!!!

Bila cinta di dusta

hidup jadi gelisah

hilang kekasih hati

jiwa jadi merana

Begitulah yang terjadi pada setiap insan yang bercinta… bila cinta di dusta, dipermainkan, maka akan hilanglah kepercayaan antara satu sama lain…. Itu…pada waktu bercinta….

Terjadi pada seorang perempuan (cukuplah dinamakan sebagai “A”), yang mana, baru-baru ini, meletup kisahnya yang dalam proses akhir untuk menuntut fasakh dari suaminya melalui tindakan mahkamah…

Sebelum nie tiada siapa yang tahu mengenai masalah yang menimpa si”A” nie tadi…malah, tiada sedikit pun tanda-tanda yang dia sedang bergelut dengan masalah rumah tangga… memang dia seorang yang tabah, sentiasa tersenyum…pandai menyembunyikan rahsia… 

Sehinggalah, semalam… bila si “suami” menunggu di tempat letak kereta, mungkin bertujuan untuk memujuk supaya dia menarik balik tuntutan dia tu !!! Perkara ini dah terjadi buat kali ketiga…setiap kali sampai ke proses terakhir, maka si “suami” berjaya memujuk…..Tapi …kali ini si”A”, benar-benar nekad untuk meneruskan niatnya menuntut cerai… mungkin kerana dah tak dapat menahan rasa….dah serik, kerana si”suami” yang telah diberi peluang, masih tak mahu berubah..semuanya gara-gara, cinta yang telah didusta…

Yang si”suami” nie memang pelik….aku tak tahu lelaki jenis apa dia nie… dulu pernah sekali dia datang “serang” kat tempat kerja si”A”, kerana masalah yang sama… tapi nasib baiklah dapat di”settle”kan dengan berhemah oleh penolong pengurus tempat kerja si”A” tu…

Sekarang nie, habis satu ofis dah tahu masalah rumah tangga dia… Menurut si”A”… nafkah zahir pun tak diberi, nafkah batin boleh bagi pulak (diukur dari bilangan anak sejak kemelut bermula, yang terakhir baru berumur setahun lebih)…semua urusan belanja rumahtangga, nak harapkan isteri….

Entahlah… bukan nak masuk campur…tapi kesian, bila melihat nasib malang yang menimpa !!!! Harap dia berjaya dalam percubaan dia menuntut keadilan !!! Gitulah jadinyer……

BILA CINTA DIDUSTA….!!!!