Tagged: confuse

Aku pun GAGAL ujian komputer !!!

Aku rasa korang semua mungkin dah memiliki lesen memandu… lesen kereta @ motor… Begitu jugak aku…. dua-dua lesen tu aku dah ada….

Masa aku mengambil lesen dulu, nak ambil ujian berkomputer tu rasa macam senang jer !!!! So, bila wife aku pulak yang nak menduduki ujian itu… aku dengan confident nyer berkata ,

    ” Ala… kacang jer ujian tu…. orang tak study pun boleh LULUS !!!! “

Cikgu kat driving school tu bagi CD kat wife aku… suruh cuba ujian kat dalam CD tu… balik jer rumah, aku yang terlebih excited nie (nak tunjuk pandai la tu !!), terus pasang CD tu kat komputer aku dan terus menjawab soalan-soalan yang tertera kat screen tu… Bab untuk buta warna dan penglihatan… sap-sap-sooiii !!! Senang ajer aku LULUS.. bila aku start menjawap soalan bab undang-undang … akhirnya …

AKU GAGALLL !!!!!!

Tak puas hati… aku cuba lagi…sampai 3 kali… Masih GAGAL !!!!

Akhirnya aku akui, kalau tak study… memang susah nak lulus… Aku study la sikit… setelah itu aku cuba sekali lagi….

Kalau setakat soalan yang simple cam nie… aku rasa okay lah lagi…

Tapi kalau dah sampai cam nie… pening gak aku nak menjawabnyer !!!! Apa pendapat korang ????

Akhirnya !!! Setelah mencuba buat kali ke empat … AKU LULUS !!!! Itu pun bukanlah begitu cemerlang… cuba perhatikan markah aku, cuma lebih satu markah  ajer dari markah lulus tu…

Agak-agak… korang pasti ke boleh lulus sekiranya ambik ujian tu sekali lagi ???