Tagged: bulan puasa

Mencari rezeki tambahan di bulan Ramadhan Al Mubarak !!!

Salam untuk semua !!!

gambar dari Kosmo! Online

Ramadhan hampir tiba… Tapak-tapak pasar Ramadhan dah mula dibuat tempahan… sana sini sibuk orang berceriter pasal bazaar Ramadhan… Yang berminat nak berniaga, mencari rezeki tambahan sempena bulan puasa nie, dah mula membuat perancangan… dah tetap keputusan..jenis perniagaan yang sesuai mengikut citarasa…. dah mula membuat persiapan..membeli alatan yang yang perlu….

Aku ??? Tak pernah pulak, berniaga apa-apa dalam bulan Ramadhan …. bukan tak minat… cuma tak pandai…nak berniaga nie, bukan boleh main hantam keromo ajer… nak ada gak sikit-sikit pengetahuan, ilmu dan selok belok berniaga…kalau tak !!! Punahhh!!! Ibarat berniaga buloh kasap la jawap nya !!!! 

Ada gak member aku yang dah mula mengedarkan sampel kueh raya untuk memudahkan pelanggan dia membuat tempahan nanti… Lumayan gak hasil jualan kueh raya nie…(berdasarkan hasil pendapatan dari jualan dia musim raya yang lepas).. sekurang-kurangnya lepas le buat perbelanjaan dia untuk menyambut hari raya hari tu!!!! Untuk raya kali ini ??? Entah ler… tapi ..rezeki ada di mana-mana asalkan rajin berusaha…

Bagi yang berniaga di bazaar Ramadhan….belum pun bazaar Ramadhan kali ini bermula….Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dah awal-awal bagi warning kat peniaga-peniaga supaya tidak menjual tapak-tapak yang telah dibeli kepada pihak ketiga… Ini kes nak untung atas angin la nie !!!

Pihak bandaraya Kuala Lumpur tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen pemilik tapak terbabit, dan barangan akan turut dirampas… Pihak DBKL pastinya tidak akan berkompromi dalam menangani isu ini… begitulah amaran yang telah diberi oleh Datuk Ahmad Fuad Ismail…

Alamakkkk !!! Apa kes la diorang nie… kalau betul nak berniaga, janganlah tapak tu pulak yang nak dijadikan barang jualan…. belum start Ramadhan… bulan yang mulia…dah ada yang berniat nak buat benda-benda tak elok cam nie… tapak disewa RM500 jer sebulan..yang dia pi jual sampai RM30,000.. mak datukk !!! Punya la mahal !!! Jangan la penaya orang…kesian !!!

Daripada buat benda-benda cam tu, baik le tak payah berebut nak sewa tapak tu… baik duk rumah, buat amal ibadat…dapat gak pahala… Macam-macam hal !!! Ingat sikit !!! Bulan Ramadhan, bulan buat amal ibadat bukan bulan nak pekena orang !!!!

Seperti biasa ….. apa-apa pun !!!

 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak !!!!

Selamat Berpuasa untuk seluruh umat Islam !!!!