Tagged: blog

Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!

Sekarang nie, kita lihat makin ramai manusia yang nak ber”blog”… termasuk le aku… Tujuan ????  Masing-masing ler !!!

Kalau yang bertujuan mencari income tambahan, mungkin memerah otak setiap hari untuk memastikan blog ber”update’ supaya trafik sentiasa berjalan lancar…. Biasanya ..menurut pakar blog ler !!! Kita kena sentiasa mencari isu-isu yang menarik supaya yang membaca tidak jemu dan akan datang menjengah ke blog kita setiap hari kerana ketagih dengan info atau celoteh yang ditulis taip dengan bait-bait perkataan yang tersusun kemas…(kadang-kadang, berselerak jugak).

Ada jugak yang full-time blogging… mencari nafkah untuk sara kehidupan keluarga melalui aktiviti blogging…. Ha !!! Yang nie lagi la kena selalu fokus… kena sentiasa hadir dengan isu-isu yang mantap, menarik (tertarik kau memang da bom !!)  untuk diketengahkan… Kena selalu bersemangat…!!! Tak kiralah dalam menulis entri terbaru ke @ membalas komen dari pengunjung ker @ menulis komen di blog-blog pengunjung ker…. Ini penting untuk menjamin trafik sentiasa ditahap “A+“…

Bagi yang menulis blog sekadar suka-suka pun, mesti lah memastikan blog sentiasa ter”update” dalam menjamin blog sentiasa segar dan menarik supaya dapat bertahan dan menyatakan kehadiran dalam dunia blogging.!!!

Begitu juga, bagi yang ber’blogging” untuk tujuan peribadi..menyampaikan pendapat dan luahan perasaan…tetap kena menampilkan isu dan celoteh yang seronok untuk dibaca… Mungkin dengan sedikit pengajaran dari isu yang ditimbulkan !!!! 

Apa pun… kita tetap manusia biasa….!!! Mood kekadang naik…kekadang turun !!! Ada ketikanya kita di”serang” dengan idea hingga tak mampu jari jemari menaip setiap patah perkataan yang begitu sesak memenuhi ruang fikiran… macam-macam nak ditulis, macam-macam nak diketengahkan…ada saja cerita yang terlintas di kepala…. Itu masa idea datang mencurah-curah !!! 

Tat kala, fikiran buntu !!! Idea tak menjengah kotak fikiran !!! Mood yang makin menurun!!!  Meloponglah kita…. ter”abai”lah blog kita tanpa post-post atau entri-entri terbaru…. suramlah jadi nyer !!! Nak buat camner…. idea dan mood nie bukan boleh datang dipaksa-paksa…. !!!! Kadang-kadang …susah jugak nak memastikan mood sentiasa ok, yer!!!

Apa-apa pun… hati kena cekal, fikiran dan tumpuan mesti fokus… baru lah blog sentiasa ter”update” dan kelihatan ceria !!!! (Pendapat aku ler!!! Orang lain aku tak tau!!!)