Tagged: Bayaran Tambahan

Sekolah makin mengada-ngada!!!!

Betuuuulll! !!!!!

Memang pihak sekolah melalui PIBG makin mengada-ngada…. Malah makin menjadi-jadi songehnya….

Bila saja aku terima pekeliling dari pihak sekolah melalui anak kembar aku tempohari, darah aku dah mendidih…

Mana taknya, kita nie luruslah ingat kerajaan ikhlas membantu meringankan beban persekolahan anak-anak kita.

Waktu diumumkan yuran persekolahan dimansuhkan, kita bersyukur dan memuji-muji, keprihatinan pihak kerajaan terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat terutama dari kelas sederhana dan bawahan.

Begitu jugak masa diumumkan bantuan persekolahan, RM100.00 setiap anak… Kita bersorakkk… Kita bersyukur….

Alhamdulillah…

Ringan sikit beban kita…

Aleh-aleh, dapat pulak surat pekeliling suruh bayar “bayaran tambahan” yang dengan bangganya pihak sekolah dan PIBG maklumkan ianya telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan….

Kalau camtu….

Lain kali…

Masa nak umumkan bantuan persekolahan cakap terang-terang.. Katakan bahawa wang RM100.00 untuk persekolahan ini hanya sebagai pinjaman sementara sahaja…

Pertengahan tahun nanti akan diminta supaya ibubapa membayar balik dlam bentuk “bayaran tambahan”..

Dok gituuu…

Barulah terserlah, niat dan bantuan yang hipokrit tu…

Barulah rakyat faham..

Boleh menilai sejauh mana keikhlasan pihak kerajaan nie…

Dah gitu… Akhirnya, aku sejuk la sikit hati nak bayar, sebabkan ingat pasal persekolahan anak-anak…

Aleh-aleh, nak suruh pulak bayar yuran PIBG untuk setiap anak….

Sebelum nie, yuran PIBG cuma bayar sekali ajer untuk setiap keluarga tanpa mengira bilangan anak…

Nie la dikatakan diberi betis nak peha….

Makin mengada-ngada….

Bikin hati panas jer….

Aku yang dah mendidih, terus call ke jabatan pendidikan negeri untuk penjelasan..

Ternyata pihak jabatan tidak pernah membenarkan kutipan yuran PIBG untuk setiap murid…

Bila aku contact pihak sekolah, mereka pulak tanpa segan silu, melalui penolong kanannya, mengakui mengutip bayaran itu untuk setiap murid walaupun mengetahui yang pihak jabatan tidak berikan kebenaran…

Bagaimana pihak sekolah nak menerapkan nilai murni kepada pelajar sekiranya pihak sekolah sendiri engkar arahan pihak atasan….

Hrmmmm….

Hati masih panas…

Mendidih…

Sekolah memang sah makin mengada-ngada…..

Janganlah disamakan dengan kemampuan guru-guru… Mereka memangla mewah.. Semuanya kerajaan dah bagi…

Gaji pun dah naik berkali ganda… Tak kesahlah bagi mereka….

Tapi kami? ???

Aku bukan dengki… Tapi fahamilah keadaan orang lain… Jangan main sedap mulut ajer..

Lain kali, fikirkan jugak masalah orang lain….

Mengada-ngada sungguhhhh!!!