Tagged: Aidilfitri

Raya datang lagi….

Alhamdulillah…..

Masih panjang umur kita merasai nikmat berpuasa..

Masih berpeluang nak tambah pahala dalam keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak nie…

Dengar citer dari ustaz-ustaz, dalam bulan yang penuh berkat nie, memang mudah nak buat pahala… segala kebaikan yang dibuat dalam bulan yang mulia ini, akan di”bayar” dengan pahala berlipat kali ganda….

Jangan ketinggalan yer…. cuma!!!

Yang paling penting, dalam membuat ibadah, marilah kita perbetulkan niat… jangan sampai ada niat yang tak berapa suci sudah lah….

Tak berapa lama lagi, Syawal pulak menjelma…

Macam biasa…

Raya datang lagik….

Bagi budak-budak… memang inilah saat yang ditunggu-tunggu !!!

Al maklumlahhhhhh… dalam bulan Syawal ada “$$$$$$”…

Bagi yang memberi, niatkanlah ikhlas bersedekah… Jangan sampai jadi beban sudahlah…

Bersedekah sekadar yang mampu…

InsyaAllah…

Sempena Syawal nie…

Bujang3 menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada semua yang telah sudi berkunjung ke blog yang makin sepi nie, jika selama ini terdapat salah dan silap dalam penggunaan bahasa semasa menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati….

Begitu juga kepada semua yang mengenali Bujang3, secara peribadi, saudara mara, sahabat handai dan keluarga…

” SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!! “