DRY.. WASH.. DRY… WASH..

Semenjak tah beberapa minggu kebelakangan ini.. hujan boleh dikatakan sepanjang hari…

Nak tau.. port mana yang ramai pengunjung sekarang nie..

Kedai mamak????

Hrmm… mungkin jugak!!!

Tapi yang pastinya…

Kedai dobi self service laaa…

Rata-ratanya, nak guna dryer ( mesin pengering ).

Al maklumla.. dek kerana hujan sepanjang hari.. dah berminggu-minggu, baju yang dibasuh di rumah pun dah penuh di ampaian..

Tak kering-kering..

Matahari pun muncul sekejap sekejap jer…

Tak sempat nak kering basuhan sebelumnya dah tambah lagi basuhan yang seterusnya..

Akhirnya… ampaian yang ada pun boleh patah dibuatnya….

Di saat aku menulis nie pun, tengah beratur kat Laundry Hub..

Punya la ramai orang yang menunggu untuk menggunakan self sevice machine yang ada nie..

Untung la pengusaha kedai dobi pada musim musim hujan nie…

Cer perhatikan selipar di luar kedai dobi tu… hehehe.. ramai sungguh..

Sehinggakan ada ketikanya, boleh terjadi situasi tegang antara pengguna yang kurang sabar… berebut rebut nak menggunakan mesin yang disediakan.

Yang pastinya.. musim musim cuti mingguan pun orang tak berjalan ke mana… ramai yang ber”mastautin” kat kedai dobi pulakkkk..

Meriah la pulakk.. dah macam pesta… riuh la dengan lawak jenaka bagi mereka yang dah saling kenal…

Sekali nak keringkan pakaian, RM4.. untuk 24 minit, minima.. boleh laaa.. jimat masa nak nunggu pakaian kering..

Dalam musim cuaca yg tak menentu sekarang nie, tambahan pula kerap hujan, nak tunggu pakaian kering di ampaian, mungkin mengambik masa yang agak lama.

Sebelum boleh menggunakan mesin yg tersedia, kita perlu terlebih dulu menukarkan wang kertas kepada token khas.. RM1 bersamaan dengan 1 keping token. Maka sekali kering, 4 token diperlukan.

Tempat untuk menukar wang kertas kepada token disediakan. Semuanya self service … dari menukar wang sehinggalah kepada menggunakan mesin basuh atau kering..

Mungkin suatu ketika nanti, boleh guna cryptocurrency pulak.. seperti NPCOIN atau BITCOIN. Tiada yang mustahil berkenaan teknologi.

BETUL TAK???


Bagi yang nak basuh pakaian dalam kuantiti besar pon boleh.. mesin berkapasiti besar sehingga 28 kg juga disediakan…

Disebabkan sambungan wifi disediakan, maka tidaklah aku boring sambik menunggu untuk proses mengering selesai..

Siap layan blog ler.. buat posting..

Posting apa..

Posting kisah mendobi lerrrr.. apa lagi…

Heheeee..

Chow chin chow..

Ada masa aku coretkan lagi..

Kisah lain la pulak..

Kisah NPCOINS ker..

—– BYE !!!! ——

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s