Belon !!!!

Belon!!!!

Kalau cakap kat bebudak mesti depa suka…

Bagi aku pulak….

Ngeri….

Minggu lepas, aku gi klinik macam biasa….

Niat cuma nak amik ubat, sebab bekalan ubat aku dah habis…

Doktor suruh buat ECG plak…

Benda dah free, aku “yer”kan ajer la…

Berita tak baik….

Ada sikit problem ngan jantung aku… bacaan ECG tak normal…

Doktor bagi surat rujukan ke KPJ…. Buat stress test dan seterusnya…

“Mesti pergi..” tegas doktor…

Sebenarnya dah berzaman, seorang doktor panel lain suruh aku gi buat stress test. Aku buat tak tau jer.. salah satu sebabnya, aku memang takut nak ke hospital….

Tapi kali nie, dengan doktor panel yang ini, aku kalah… Dia siap boleh gertak aku lagi… Katanya, aku punya situasi dah teruk… lagi satu level jer sebelum kena heart attack...

Maunya aku tak takut… Gabra….

Dengan hati yang berat, aku gagahkan juga untuk ke hospital…

Buat stress test tu…

Alamakkk… Fail la pulak… terbatuk-batuk aku masa stress test tu… dada rasa sendat…padat…tak cukup nafas… tercungap-cungap…

sekadar hiasan : ini bukan aku... aku belum setua dan sebotak itu...

sekadar hiasan : ini bukan aku… aku belum setua dan sebotak itu…

 Bila dah gagal stress test tu, doktor yang attend aku tu suruh terus buat angiogram…

Hahhh!!! Apa tu… tanya aku plak…Dah semakin risau ler…. apa la pulak depa nak buat kat aku nie…. Nie la benda nya yang aku takut sangat nak ke hospital… Kang, ditebuknya aku sana sini…kan ke naiya !!!!

“Alaaa… nak buat test sikit… nak tengok kalau ada saluran tersumbat kat jantung… simple jer…. nak masukkan dye ( pewarna ) kat tangan jer…” explain doktor tu selamba…

Fuhh… Nasib baik simple test jer… buat aku risau jerr… detik hati aku..

Aku kena masuk wad dulu, kata doktor tu…

Sampai kat wad, setelah dibuat segala persediaan, aku pun ditolak dengan kerusi roda ke satu bilik…. Bilik pembedahan rupanya… Hati dah makin risau… Doktor kata simple test jer…kenapa lak kena masuk bilik pembedahan…. Redah jer la….

Masuk jer dalam bilik tu dah nampak peralatan yang akan digunakan… makin risau… macam nak kena bedah jer nie…. lain macam jer… macam tak best jer…

di meja cam nie ler aku dibaringkan...

di meja cam nie ler aku dibaringkan…

Aku disuruh baring atas meja bedah tu…. dipembaringan itu, fikiran dah semakin ligat memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya…

Gedebuk..gedebak jugak jantung aku berdegup… Laju…

Setelah dibius dan diikatnya tangan kanan aku….ditebuknya.. terasa jugak…tapi taklah sakit sangat….Doktor berdiri disebelah kanan aku… Skrin besar di sebelah kiri aku dan satu alat tepat diarahkan ke dada aku…. Masa nie ok lagi… walaupun dah semakin risau..

Aku asyik memandang ke kiri memerhatikan pada skrin besar tu… Doktor pulak asyik bercakap dengan aku, tanya itu ini, mungkin nak melarikan fikiran aku dari situasi yang sedang berlangsung tu agaknya….

Tiba-tiba, tangan aku terasa sakit sangat-sangat… rupanya doktor dah menolak wayar apa tah ke dalam urat di tangan aku tu… memang sakit.. aku menjerit-jerit minta doktor berhenti… ada ketikanya aku cakap kat doktor, “tak payah buatlah macam nie.. sakittt !!!”

Doktor suruh aku bertahan… dah mula tak boleh nak stop dah…. dalam penuh kesakitan, aku nampak kat skrin, ada wayar yang dah sampai kat jantung… di adjust-adjust.. pastu ternampak cecair pewarna disemburkan melalui wayar tu…

Di jantung aku tak rasa sakit, tapi di tangan aku… Mak datuk !!! punyalah sakit…rasa nak terputus tangan aku tu..

ini bukan keputusan angiogram aku... tapi macam nie la rupanya...

ini bukan keputusan angiogram aku… tapi macam nie la rupanya…

Akhirnya keputusan muktamad diperolehi… Ada beberapa sumbat sana sini, tapi yang teruknya ada satu sumbatan 100% dan salur darahnya hampir putus…

Terkejut badak la aku yang masih menanggung kesakitan…

Doktor kata dia akan proceed ngan angioplasty plak… nak masukkan stent kat tempat yang sumbat tu supaya salur darah kembali luas untuk memudahkan perjalanan darah ke jantung.. Orang selalu kata kena buat belon…

angioplasty, balloon, stent

angioplasty, balloon, stent

 Disebabkan aku dah sakit kat tangan, doktor decide untuk buat melalui urat di celah peha sambil menjanjikan ianya tidak menyakitkan… aku setuju jer pasal dah tak tertahan sakitnya kat tangan kanan aku tu…

ni la bendanya yang tinggal dlm salur darah yg sumbat tu

ni la bendanya yang tinggal dlm salur darah yg sumbat tu

Rupanya memang betul kata doktor… buat melalui urat di peha tu memang tak menyakitkan… hampir tak rasa apa-apa… setelah lebih setengah jam dan hampir tertidur, doktor memberitahu segalanya sudah selesai… aku selamat di“belon”.

contoh sebelum dan selepas... bukan kes aku...

contoh sebelum dan selepas… bukan kes aku…

Kat atas tu contoh sebelum dan selepas, tapi kes aku lain sikit, bukannya sempit tapi tersumbat 100% disamping urat yang hampir putus… doktor terpaksa “repair” dulu urat tu sebelum di“stent”kan….

Setelah selesai kena bermalam di CCU selama satu malam, ditukarkan ke wad biasa satu malam sebelum boleh discharge pada hari ketiga….

Nak discharge tu pulak, kena tunggu sampai jam 4.00 baru selesai sebab nak tunggu confirmation dari pihak insurance pasal tuntutan bil hospital…

Akhirnya jam 4.20 ptg, aku keluar dari perkarangan hospital dengan surat MC selama 3 minggu termasuk minggu buat angioplasty tu…

Orang kata, aku tak boleh drive buat sementara waktu dan dilarang membuat kerja berat e.g angkat-mengangkat benda berat dan jangan terlalu lasak…

Begitulah cerita belon dari perspektif aku…

Jadi pesan pada yang belum bermasalah….

Jaga pemakanan, jangan banyak makan benda berlemak, jangan ambil makanan yang tinggi kolestrol….

Awas… Jangan biar jantung anda tersumbat…!!!

Pesan pada yang perlu menjalani pembedahan angiplasty pulak, minta doktor terus buat kat salur darah di celah peha…memang tidak menyakitkan… elakkan derita kesakitan di tangan anda!!!!

p/s : Sekarang nie aku dah start makan oat walaupun ada ketikanya tekak tak boleh terima… Dah terpaksaaa!!!!!

2 comments

  1. Pingback: Angiogram, Angioplasty, Stent, Balloon…. | Blog @ Bujang3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s