Andai itu takdirku !!!!

Assalamualaikum semua !!!

Diharapkan semua yang membaca post kali ini, sihat sejahtera selalu….

Jangan abaikan kesihatan….

Pastikan ditahap terbaik…

Selalu buat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan semuanya berjalan lancar…

Kita tidak pernah mengharapkan suatu hari nanti kita dihinggapi sebarang penyakit serius..

Tidak pernah !!!!

Setiap manusia normal memang tidak menginginkan keadaan itu berlaku…

Namun….

Kita cuma manusia biasa…

Begitu kerdil untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di masa hadapan…

Cuma, kita mampu berdoa agar perjalanan kehidupan kita dirahmati, diberkati dan dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik….

Lewat usia 30an aku telah disahkan mengidap darah tinggi….

Tiada perasaan yang berbeza, kerana entah kenapa, aku tidak merasa bimbang tentang penyakit ini…

Kehidupan berlangsung seperti biasa, cuma terpaksa bertemankan ubat untuk mengawal tekanan darah  dari masa ke semasa..

wds_micardis-plus80_12.5mg28tab

Alhamdulillah !!! Semuanya terkawal…

Tapi… malang menimpa lagi..

Awal 40an, disahkan pulak dengan kencing manis

Yang nie, memang aku panik…. dunia rasa semakin gelap…. mungkin pasal sebelum nie aku dengar, pesakit kencing manis kena potong kaki la, akan dapat pulak sakit jantung la, lepas tu kena pulak masalah buah pinggang rosak la dan macam-macam lagi yang disebabkan kencing manis

Maka aku terlalu takut…

Perlu tambah ubat tu aku tak kesah sangat, tapi kesannya pada kehidupan aku tu yang aku risaukan…

Metformin

 Memang aku risau betul pada kali ini…

Pada bulan pertama tu, memang betul-betul aku berpantang… makanan yang bergula memang aku tak sentuh langsung… punyalah takutnya pada masa tu…

Makan nasi pun kurang sangat-sangat… hampir pada tak makan nasi langsung… Hari-hari makan roti 3 @ 4 keping setiap kali makan…. Perut punyalah lapar…

Takut punya pasal aku harungi juga…. bila test gula masa next appointment dengan doktor, bacaan gula tetap tak turun…

FRUST !!!

Selepas beberapa lama akhirnya, sedikit terkawal dan aku pun mula slow berpantang atau mungkin dah tak pantang langsung kott… yang tinggal… PANTANG nampak, mesti nak makan….

Disahkan kencing manis,  bermacam jenis ubat kena tambah… antaranya ubat cair darah dan ubat kolestrol… Apa yang doktor bagi dan kata perlu, aku makan jer laaa.

Dengan keadaan pemakanan yang tak terkawal… kena tambah lagi ubat kencing manis…

NewDiabetesDrug-Trajenta_ST050412

 Begitulah keadaan kehidupan aku sejak lewat 30an sehinggalah sekarang…

Dan kali ini, sekali lagi menimbulkan kerisauan aku, bila doktor dah bagi tahu yang jantung aku mula buat hal….

Mungkin ada sedikit blockage…

Doktor dah mula nasihatkan aku pergi buat stress test sebagai langkah permulaan…  Jika perlu, mungkin seperti yang orang selalu cakap, kena masuk belon.

Masa doktor terangkan kat aku, fikiran aku berkecamuk…apa yang dia terangkan tu pun aku dah tak berapa dengar… yang aku dengar dan perasan dia ada cakap yang stage aku nie bawah sikit dari serangan jantung ( heart attack ).

Bila dah dengar macam tu, siapa yang tak gabra…

Mungkin ada eloknya aku ikut nasihat doktor tu untuk gi stress test…

Aku nie jenis penakut sikit nak gi hospital..

Namun,

ANDAI ITU TAKDIRKU!!!

Kenalah aku harungi juga….

Mudah-mudahan tiada yang terlalu serius…

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s