Exora dah habih warranty, tetiba jerking pulak !!!!

Warranty dah habih !!!!

Bulan February bebaru nie….

Lepas nie, harap-harap tak der masalah ler… kalau tak parah la poket aku, sebab semuanya dah kena keluar dari poket sendiri….

Tup-tup… dalam bulan April hari tu, tetiba ajer Exora aku jerking…. tersengguk-sengguk… nak drive pun tak siok langsung…

Aku surf internet… cari dalam macam-macam forum….

Berbagai komen dan penyelesaian yang diberikan…

Salah satunya yang aku yakin sangat…

“… kena reset ECU… atau buat tuning semula “

Berbekalkan dengan tips tu, aku terus jer ke pusat service Proton…. terus suruh dia buat tuning @ reset ECU…. Mekanik tu diam jer.. terus buka bonet suruh aku start enjin dan pijak padel minyak…

Dengar punya dengar, mekanik tu akui terdapat sentakan pada enjin (jerking)…

Dia buat ramalan awal, mungkin salah satu dari kabel plug rosak…

Setelah buat beberapa pemeriksaan… dia confirm memang kabel plug tu yang rosak menyebabkan satu plug tak berfungsi. Jadi kereta jalan dengan 3 silinder ajer… tu yang tersengguk-sengguk tu, katanya…

Aku pun suruh tukar la… nak tukar satu tak ada pulak…kenalah tukar satu set…

Aku ingat murah jer….

Salah terkaan aku.. rupanya satu set tu RM315.00 jugak….

Hrmmm…

Mekanik tu tanya …. ” nak tukar tak..???”

Abih tu.. takkan nak jalan dengan kedaan macam tu… Nak tak nak kenalah tukar jugak….

Alahai… Nasib badan !!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s