Exora : sekali lagi rear axle bengkok!!!

Dah lama gak aku tak servis Exora aku .
Meter pun dah lebih 5000 km sejak dari kali terakhir servis dulu…
Kalau nak dikira jarak masa pun dah lebih 3 bulan…

Kenapa tak gi servis lagi????

Antara sebab utama, budget ada sikit lari. Macam-macam pulak yg terjadi semenjak dua menjak nie yang nak kena pakai duit lebih..

Biasa la tuuu. Itulah namanya kehidupan…. Ada pasang surutnya… Ada suka dukanya…..

Tapi, bukan itu yang aku nak citer sekarang nie. Itu sekadar sampingan jer… Heheheee….

Akhirnya aku pun pegila jugak ke pusat servis … Kena buat major servis.. Macam-macam la yang depa tukar…. Masa mula aku bagi kunci Exora, wakil pusat servis tu estimate, kos dalam RM450.00.. ( tapi bila nak bayar, cuma kena RM347.00 ajer… Ada diskaun sana sini, katanya… )

Sambil diorang buat kerja, aku gi la kat depa… Tengok-tengok depa buat kerja tu…

Alih-alih aku terperasan yang tayar belakang sebelah kiri dah senget… Aku panggil ‘pomen’ tu nak kompomkan pandangan mata aku tu… Dia pun mengesahkan yang tayar tu memang senget..

Tepuk dahi aku dibuatnya. Hari tu aku dah tukar sekali benda tu.. Kali nie jadi balik…..

Aku minta wakil pusat servis tu submit warranty claim… Sementara dalam warranty, fikir aku.

Semak punya semak, tempoh warranty aku pun dah hampir tamat…. Lagi dua bulan saja.

Nasib baik aku datang servis cepat… Andainya aku datang servis selepas tamat tempoh, kena lah aku tukar dengan kos sendiri….

Bila aku tanya, kosnya mencecah RM1,500.00 gak setelah campur upah….

Dan disebabkan itu, jugakla depa tak boleh terus tukar rear axle Exora aku tu… Kena tunggu approval dari pihak Proton dulu, kata depa… Amik masa dalam sebulan gak…

Tak per la… Tunggu pun tunggu jer la… Janji boleh claim warranty dan tak keluar duit dari poket aku…

Kadang-kadang terpikir gak, ada betulnya apa yg orang selalu cakap pasal Proton nie… Selalunya bila kengkawan kutuk Proton, aku backing… Tapi bila dah banyak kali kena nie.. Mulalah rasa kesal atas kelemahan yang ditunjukkan tu…

MPV lain pun pakai axle jugak, tapi tak la asyik bengkok jer… Apakah mungkin bahan yang Proton guna untuk buat rear axle tu tak berkualiti dan rapuh???

Ermm… Alahai!!!!!

Lu pikir la sendiri…

Apa pun aku masih tetap bangga ngan Proton….. Moga dapat mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan mampu milik.

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s