Ahad yang malang!!!!

Hari ni Ahad..

Ada pasar lambak kat Ipoh.. Orang kat sini selesa dengan gelaran Lorkin jer…

Cakap jer nak cari apa, macam-macam ada.. Kekadang tu, benda yang tak terfikir dek akal pun, ada orang jual…

Tujuan utama aku utk ke Lorkin kali nie,  adalah nak carik buah tunjuk langit.. Dah lama kehabisan stok…

Stok buah tunjuk langit dah beli. Saja nak menghabiskan masa sebelum ambik anak perempuan aku balik dari kelas tuisyen, jalan-jalan cuci mata laaa…

Biasa la, cuci mata pun,  dua-tiga puluh ringgit terbang jugak… Habislah kat pengasah pisau dan gam serbaguna termasuk buah tunjuk langit tadi…

image

Pengasah pisau..

image

Gam serba guna…

Balik dari Lorkin untuk mengambil anak selepas tuisyen, masuk satu lorong tu, tak semena-mena terdengar bunyi letupan…

Bila aku toleh ke belakang, rupa-rupanya cermin sisi belakang kereta aku dah pecah.. Kena batu.. Mungkin akibat dari terkena mesin rumput.. Memang kat lorong aku lalu tu ada pemotong rumput tengah leka dengan kerjanya..

Nak kata apa, tanpa berhenti aku meneruskan perjalanan.. Dalam hati cuma redha, walaupun terguris…

Salah aku jugak, banyak lorong yang ada, aku masuk lorong tu jugak… Dah takdir nak kena lah tu… Walaupun ada terfikir, “kenapalah, kali ini aku masuk lorong itu, biasanya tak pernah pun!!!”, tapi apakan daya… Aku tak mampu mengundurkan masa..

Itu merupakan peristiwa malang pertama untuk hari ni..

image

Setiba di rumah, aku tape kan dengan cellophane tape buat sementara, setelah puas pusing cari kedai untuk ganti cermin tak berhasil… Ahad!!! Cuti!!!

Selepas tu, aku sibuk guna gam serbaguna tu.. Aku cari semua kasut yang dah tertangggal tapaknya dan gam.. Ternyata memang power gam nie…

Selesai gam kasut, aku ambik semua pisau yang ada kat rumah.. Aku asah dengan pengasah ajaib tu… Gunting pun aku asah.. Memang tak mengecewakan… Seperti demo… Memang mudah…

Masa aku leka mengasah pisau terakhir, alih-alih, jari aku pulak yang kena pisau… Bayangkan betapa mudahnya pisau yang baru diasah tu menghiris jari aku…

Perghhh!!! Pedihnya usah cerita laaa… Darah mengalir tak berhenti pulak tu…

Hermmm.. Malang kedua kalinya aku di hari Ahad kali ini…

Alahai, nasibbb!!!

2 comments

  1. Fuad

    Salam 1Malaysia…
    Mohon bantuan dari sape2 yg sudi nk bantu…
    Mcm mane nk contact Patco Malaysia Berhad..??
    Temprature aircond sensor exora sya bermasalah……
    Nk buat appoiment dlu sblum bwk kete ke Patco.

    SoS…..mohon jasa baik smua ye…
    Terima Kasih…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s