Ulangkaji formula if dalam excel!!

Salam semua…

Dalam banyak-banyak post @ entry aku dalam blog nie, salah satu sambutan menggalakkan datangnya dari entri berkenaan formula dalam excel. Dan tentunya, yg paling banyak aku guna dalam kerja-kerja aku sehari-hari adalah formula “if”.

Sememangnya aku yang cetek ilmu programming nie, guna “tools” asas jer.. Itu pun tahu sikit-sikit jer. Dan sememangnya aku gunakan apa yg aku tahu tu se-kreatif yang boleh untuk mencapai matlamat memudahkan kerja.

Sebenarnya formula”if” nie, dalam kata mudah adalah satu arahan yang kita berikan kepada komputer supaya membuat pilihan mengikut syarat-syarat yang telah kita tetapkan.

Apa saja pilihan yang telah kita setkan, komputer akan memilih mengikut ketetapan dan kehendak kita.

Hermmm.. Berbelitkan!!!!

Sebagai ulangkaji mudah :

Katakan kita hasilkan soalan ini di cell A12 untuk mengajar dan menarik  minat anak kita membuat kerja Mathematics.

2 + 5 =

Maka,  kita perlukan jawapan diisi dalam cell B12. Supaya menarik minat anak kita mencuba, kita setkan supaya keluar remark andai jawapannya betul. sebagai contoh :

Betul !!! Adik memang pandai !!!

Andai jawapannya salah pulak, mungkin kita boleh setkan dengan kata-kata semangat dan perangsang, sebagai contoh :

Jawapannya salah, tapi tak mengapa, adik boleh cuba lagi !!!

Untuk menghasilkan keputusan seperti itu,

Perhatikan formula ini (pastikan formula ditaipkan dalam cell C12)

=if(b12=7,”Betul !!! Adik memang pandai !!!“,”Jawapannya salah, tapi tak mengapa, adik boleh cuba lagi !!!“)

Jadi, disebabkan jawapan kepada soalan tadi adalah 7, maka kita setkan terus nilai B12 mesti sama dengan 7 menggunakan tanda “=”.

Maksud kepada formula itu tadi, sekiranya apa yang dikey-in dalam B12 adalah 7, maka remark yang pertama akan dipilih, sebaliknya jika jawapan yg diberikan selain dari 7, maka remark yang kedua pulak akan dipilih.

SELAMAT MENCUBA…

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s