Lampu, radio, power window semua ada, tapi bateri kong!!!

image

Disuatu pagi, kira-kira jam 6.00 sewaktu nak keluar tiba-tiba enjin kereta mati betul-betul di depan rumah hanya sedikit di luar pagar. Melintang jalan. Cuba start semula. Tak boleh… Panik gak aku, bimbang ada benda lain pulak yang rosak.

Apa lak kenanya.. Tak pernah-pernah pulak buat hal macam nie…. Nak kata disebabkan bateri sudah kong… Tak yakin pulak, tapi bila dicongak-congak tempoh usia bateri tu, ad kemungkinan jugak !!!

Apa-apa pun, kereta dah melintang kat tengah jalan nie…. Camna???

Akhirnya, aku, wife dan anak kembar aku menolak semula Exora aku tu naik ke dalam kawasan pagar… Dah ler cerun sikit kat situ… setengah mati kitorang nak tolak kereta tu naik ke atas semula…. Memang berat .. Itulah yang orang kata … berat mata memandang berat lagi nak menolak EXORA… Hahahaaa !!!

Gelak, gelak jugak….. tapi… kereta tak boleh start nie camna pulak !!!!

Al-fening kefala memikirkannya…

Bateri ???

Tapi… lampu, radio, power window dan horn berfungsi elok jer… Ape ke heynyer pulak !!!

Aku rakam dalam handphone !!! Saja !!! Nanti boleh ler tanya kengkawan kat office… kot-kot depa tau !!! Bila aku tanya kat depa, ada gak yang was-was ianya masalah bateri…. maklum ler… macam aku kata tadi… semua peralatan berfungsi dengan baik…. Tapi ada gak yang yakin… ianya berpunca dari bateri…

Bimbang ada masalah lain… maka, esoknya aku pun amik ler cuti… nak menguruskan masalah kereta yang tak boleh start tu… Dalam hati nie, jangan kira lahhh… berdegup-degap, bimbang ada benda lain pulak yang rosak.  Yang aku tau, kalau dah rosak, maka banyak la RMnyer yang nak terbang…

Aku tanya pada pomen kat workshop depan rumah… Dia berani confirm 100% bateri dah kong masa aku tunjukkan klip tu.Aku tanya lagi, kalau bateri yang kong camna pulak lampu, radio dan power window ok jer..

Dia bagi tau, semua alat-alat tadi tu tak perlukan kuasa bateri yang penuh untuk terus berfungsi, sebaliknya starter perlukan kuasa bateri sepenuhnya. Dan bateri aku tu sebenarnya dah lemah dan tak boleh simpan tenaga lagi..

Muktamad : perlu ditukar..

Maka, setelah ditukar, memang sah dah boleh start..

Begitulah adanya… Jadi kesimpulannya walaupun lampu, radio, power window dan horn boleh berfungsi dengan baik, tak semestinya bukan masalah bateri bila kereta tak boleh start…

Moral of the story : Jangan bimbang tak tentu pasal, apa-apa hal pun, eloklah gi tanya pomen dulu… heheheee !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s