Insp Zulkifli Mamat terkorban dalam tragedi di Lahad Datu !!!

Al-Fatihah !!!

Didoakan semoga keluarga kepada Insp Zulkifli Mamat yang terkorban dalam tragedi di Lahat Datu tabah menerima dugaan ini. Sama-samalah kita mendoakan agar roh mereka yang terkorban (Insp Zulkifli Mamat dan Sjn Sabaruddin) dalam mempertahankan tanah air kita yang tercinta ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmatNya. Amin!!!!

Insp Zul

Ayuhlah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan  agama, mendoakan agar anggota keselamatan kita sentiasa dilindungi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk mempertahankan negara kita, Malaysia yang dicintai.

Apa yang telah terjadi, melibatkan nyawa rakyat kita yang sesungguhnya suatu realiti dan pastinya bukan sekadar sandiwara atau pun lakonan semata-mata… Lihatlah.. dan rasailah kepedihan yang dialami oleh isteri dan anak-anak mangsa.. Cubalah kita selami dan fahami perasaan sedih yang melanda hati mereka dan janganlah kita memperlekehkan hakikat kesedihan yang sedang mereka alami dengan berbagai cerita rekaan hanya sekadar untuk memuaskan hati dan menjatuhkan sesama sendiri.

insp Zul21      insp Zul2

Aku tak pastilah dengan perasaan korang semua, tapi aku benar-benar tersentuh bila melihat temuramah yang ke udara melalui tv semalam yang memaparkan kata-kata anak kepada Insp Zulkifli Mamat memberitahu wakil media bahawa bapanya telah meninggal akibat terkena bom. Tak mampu aku bayangkan, bagaimanakah perasaan anak kecil ini nanti dalam mengharungi hari-hari yang bakal mendatang tanpa kehadiran bapanya yang dikasihi. Hanya Allah yang mampu menenangkan hati mereka yang sedang dalam kesedihan ini.

Di sini, sekali lagi aku mengharapkan, cukup-cukuplah segala cerita-cerita negatif dan tohmahan yang dilemparkan berkenaan peristiwa yang terjadi di Lahat Datu, sebaliknya kita doakan agar semuanya berjalan dengan baik dlam usaha menangani situasi ini.

insp Zul1

AMIN !!!!

2 comments

  1. lampudanmentol

    Permergian wira negara adalah kesedihan dan kehilangan kpd negara tapi untuk anak dan isterinya adalah kehilangan bukan seorang pahlawan tapi hilang seorang bapa, suami dan kasihnya sepanjang hayat untuk klgr ini dan saya doakan dipelihara oleh Allah SWT agar bertemu semula dialam kekal… insya allah. Moga kerajaan dpt memberikan penghormatan negara semasa pengkebumian pahlawan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s