Tips menampal roadtax supaya mudah ditanggalkan bila tamat tempoh – Mudah dan Ringkas!!!

Selalunya, bila tiba waktu nak perbaharui cukai jalan, satu hal yang buatkan aku malas.. Masa nak menanggalkan cukai jalan yang lama. Maklum ajerlah, dah setahun kena sinaran terik matahari. Jadi bila nak menanggalkan cukai jalan lama, gamnya masih kuat melekat di cermin.

Jenuhlah pulak aku nak menanggalkan saki baki gam yang melekat kuat tu.. Aku guna pisau lipat seposen yang boleh didapati di kedai-kedai, untuk mengikis saki baki gam tu..

Tu duluuuu… masa tu aku tak pasang “tinted” kat cermin depat lagikkk… Bila aku dah pakai cermin “tinted” nie, aku tertanya-tanya pulak dalam hati….

“bila nak buka road-tax lama nanti cam ner plak yer… tak ker tertanggal sekali dengan plastik “tinted” tu nanti ??? atau, cam ner pulak nak tanggalkan gam yang dah kuat melekat tu nanti ??? Tak terkoyak ker “tinted” cermin depan kereta aku nanti ???”

Punyalah banyak soalan yang bertandang dalam benak aku tu…

Akhirnya… masa yang ditunggu-tunggu tu tiba jua… Dengan berhati-hati, aku menanggalkan sticker yang ditampal belakang roadtax tu.. Alih-alih, dengan mudahnya, roadtax lama tu pun ikut sekali tertanggal…

Hairan pulak aku… camna pulak tak melekat kat cermin ??? Bila aku perhatikan betul-betul, barulah aku perasan… rupa-rupanya ada sesuatu yang pekerja kedai “tinted” tu dah buat pada road-tax lama aku….

So.. sekarang nie aku nak bagi tips yang aku dapat dari pemerhatian aku tu….

Mula-mula… dapatkan bahan dan alatan yang diperlukan… Antaranya ialah plastik pembalut buku, gunting, sticker dan juga road-tax itu sendiri.

image

Lepas tu… tanggalkan road-tax dengan berhati-hati dan lekatkan terus kepada permukaan plastik pembalut buku.

image

Setelah melekat, guntingkan mengikut saiz dan garisan luar road-tax tadi. Perhatikan bahawa permukaan depan road-tax tadi telah melekat sepenuhnya kepada plastik dan tidak akan melekat pula kepada permukaan cermin.

Dengan itu, apabila ditanggal semasa tamat tempohnya nanti, tiada gam yang akan tertinggal melekat pada cermin depan kereta kita nanti…

image

image

Tadaaaa… Hasilnya, setelah di lekatkan pada cermin menggunakan sticker yang boleh dibeli atau didapati di stesen-stesen minyak seluruh negara…

image

image

Tak perlu risau lagi…

Kadang-kadang, cara untuk melakukan sesuatu itu cukup mudah tetapi tak terfikir oleh kita… Setelah diajarkan atau perhatikan apa yang orang buat, barulah kita sedar tentang sesuatu perkara itu …

Apa pun … selamat mencuba !!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s