Tutorial Excel : =sum() dan =sumif()

Pernah tak sesiapa membuat satu senarai yang bercampur-campur dan kemudian nak menjumlahkan keseluruhan senarai tanpa mencampurkan sesuatu perkara dalam senarai tersebut ???

Contohnya :

Katakan kita seorang peniaga kedai runcit. Semasa nak pergi membeli stok untuk kedai kita, peniaga bersebelahan mengirim supaya dibelikan Air Mineral untuk stok di kedainya. Pemborong memasukkan sekali Air Mineral yang dikirim oleh jiran kita tadi dalam satu senarai.

Bila tiba di kedai, setelah memasukkan data ke dalam format yang tersedia, kita pastinya nak mengira jumlah barangan yang kita beli dan nilainya sekali tanpa mengambil kira jumlah Air Mineral dan harganya sebab ianya bukan kepunyaan kita, sedangkan ianya dalam senarai yang sama….

Maka, perhatikan screenshot ini..

1

Untuk mengira kuantiti barangan tanpa mengambil kita kuantiti air mineral, perhatikan formula di atas….

=sum(D46:D51)-sumif(E46:E51,”Air Mineral”,D46:D51)

maksudnya :

Kirakan keseluruhan kuantiti barangan terlebih dahulu dengan

=sum(D46:D51)

Kemudian tolakkan kuantiti bagi Air Mineral pulak

sumif(E46:E51,”Air Mineral”,D46:D51)

membawa maksud sekiranya senarai dari E46 sehingga ke E51 adalah Air Mineral maka jumlahkan senarai dalam D46 sehingga D51.

Dengan formula ini (  sumif(E46:E51,”Air Mineral”,D46:D51) ), tidak kira walau dimana sekalipun kedudukan Air mineral di dalam senarai itu dan walau berapa banyak kali pun Air mineral berada dalam senarai itu, formula ini tetap akan mengira jumlah Air Mineral itu.

Jadi… bila digabungkan keseluruhan formula akan membawa maksud ;

jumlahkan keseluruhan kuantiti barangan dan kemudian tolakkan dari jumlah kuantiti Air Mineral dalam keseluruhan senarai tersebut.

Untuk sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah buatkan satu senarai yang dikehendaki. Jika hendak menjumlahkan semua dalam senarai tu tanpa syarat boleh lah digunakan formula =sum() itu tadi.

Jika menjumlah sesuatu dengan bersyarat pula bolehlah digunakan formula =sumif() pula… cuma gantikan Air Mineral tadi dengan item yang bersesuaian.

Bolehlah pulak menggabungkan kedua formula tadi untuk mendapatkan hasil tambah tanpa item yang tidak diperlukan sebagaimana dalam formula =sumif() tadi.

SELAMAT MENCUBA….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s