Tonton wayang percuma online !!!!

watch32

Minat menonton wayang ???

Selalu gi panggung untuk menonton ???

Aku ???

Dah lama sangat tak gi panggung untuk menonton… Zaman bujang-bujang dulu biasa la…. Rasanya, last aku gi panggung untuk menonton wayang adalah ketika anak sulong dan no 2 aku masih kecil… Tak ingat citer apa. Tapi, pastinya citer budak-budak ler…. Lepas tu dah malas dah, lagi pun zaman nie, kalau nak tengok movie, just pegi jer kat pasar malam, beli jer CD yang berlambak kat situ… Kalau nak quality yang sikit elok, gi tanya kat kedai-kedai yang jual CD yang dah macam cendawan tumbuh selepas hujan…

Paling murah setakat nie RM5 sekeping (dah tentunya cetak rompak), yang quality best sikit, maka mahal la sikit harganya.. Yang penting, boleh di ulang tengok berapa banyak kali ikut kata hati… Dan boleh tengok ramai-ramai. Tapi, kalau orang industri tahu, mesti mengamuk punya.. Pasal kita beli yang cetak rompak…. Di sini bukanla pulak aku menggalakkan cetak rompak, cuma tak mahu jadi hipokrit… dah benda berlambak jual terang-terangan. Selagi ada yang menjual, pasti ada yang membeli… Lagi pun, nak beli yang original, mahal-mahal pulak tu, ramai yang berfikir puluhan kali… Dengan keadaan harga barang yang dah macam tak munasabah sekarang nie, orang dah tak kira samada barang tu berkualiti atau tidak. Janji boleh guna, boleh tengok, sebab poket dah makin kempis…

Kalau setakat nak beli yang original sebab nak jaga kepentingan orang tertentu, agaknya ramai yang tak ambil peduli sebab, kepentingan kita sendiri, sapa pulak yang akan ambil peduli ??? Kejam ??? Hermmm !!! Dunia sekarang memang kejam … nak buat cam na.. terpaksa la adjust mana yang patut untuk survive….

Ahhhh !!! Tinggalkan la pasal dunia yang kejam tu buat sementara… tujuan aku post entry nie pun untuk mengesyorkan satu cara untuk menonton wayang percuma… macam-macam citer omputih yang ada kat situ.. aku pun terjumpa jer laman tu … Aku baru tonton 3 citer jer. “The Odd Life Of Timothy Green” , “Boy In Striped Pyjama” dan “Life of Pi” (quality gambar kurang best sikit untuk citer nie)… Layan gak…  Di saat aku menulis nie, aku sedang layan “Knowing” lakonan Nicholas Cage…

Bagi yang melanggan streamyx mungkin tak ada masalah untuk terus-terusan menonton kerana tiada had data yang ditetapkan, tapi awas untuk yang menggunakan broadband…. sebab masing-masing ada had data yang ditetapkan untuk sebulan. Macam aku, menggunakan U-mobile dengan had data sebanyak 5GB dan setakat nie dah hampir kepada 4 GB yang dah digunakan. Maka, dengan berbaki lagi 18 hari, tak lama lagi terpaksala aku surf internet dengan speed yang teramat slow sehingga masuk bulan baru, bulan February nanti…

Hrmmm !!! Nak tengok wayang punya pasal… lantak laaa…. Maknanya, masuk bulan February nantilah baru boleh tengok wayang free lagik… hehehee !!!

Jadi kepada yang suka menonton wayang dan lebih-lebih lagi nak menonton percuma, boleh la gi ke laman watch32.com nie.

Selamat menonton…

Chow !!!

10 comments

  1. Mantoi

    Media player …. peralatan yg memboleh kan ko guna pendrive atau external HDD ko utk tengok movie/gambo/lagu ko kat TV …
    Dier ada biasanya 2 USB port , remote , power supply & AV cable …

    Ada 2 jenis
    1) yg bule main HD & normal punya movie (mcm #2 tapi + *.mkv, *.mp4)
    2) yg bule main movie yg normal jer (*.rmvb, *.avi, *.mpg dll)

    Harga yg #2 .. bawah RM 80
    Harga yg #1 .. atas RM150 dan ada jugak yg harga sampai beribu …

    Pakai Media Player nih senang … bila ko jumpa member2 yg ada movie2 nihh … suruh diaorg copy kat pendrive / external HDD ko … bawak balik rumah .. cocok kat media player .. pas tuh sambung kat TV pakai AV cable .. sudah .. berapa banyak movie yg ko nak tengok bergantung pada size pendrive/HDD ko …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s