Tunjuk Langit dalam kapsul!!!

image

image

image

Pernah aku ceritakan dalam salah satu entry aku sebelum nie pasal tunjuk langit.

Tentang khasiat yang terdapat dalam sejenis buah yang bernama tunjuk langit @ skyfruit.

Kalau sebelum nie, aku mendapatkan buah tunjuk langit yang belum diproses sebagai penawar sampingan kepada masalah diabetes yang aku hidapi, tapi kali ini, aku mencuba pula dalam bentuk yang telah diproses dan dikapsulkan.

Sebenarnya, bekalan buah tunjuk langit aku dah kehabisan. Dah beberapa minggu… teringat nak gi ke pasar pagi di Ipoh untuk mendapatkan bekalan, tapi ada saja halnya yang menyebabkan tertangguh.

Suatu pagi, member aku bawa satu tabung yang berisi kapsul tunjuk langit. Memang sebelum nie pun aku pernah gak nampak tunjuk langit nie dalam bentuk kapsul… sengaja aku tak beli sebelum nie, sebab ianya mahal sikit berbanding dengan yang original (maksud aku buah itu sendiri).

Kalau beli buahnya, RM10, makan setahun pun belum tentu habis lagi (kalau makan sorang la). Tapi, disebabkan aku malas nak gi pasar Ipoh tu, dan kebetulan pulak member dah beli lebih, aku pun ambik la setabung (beli la) kat dia. Senang !!!

Nak makannya pun senang… macam makan ubat jer… Aku makan seminggu sebiji jer, sebab nak ‘kontrol’ jer… masa mula-mula dulu, memang aku makan lebih sikit sebab dalam tempoh rawatan untuk menurunkan bacaan gula dalam darah yang terlalu tinggi. Oleh kerana, sekarang nie dah terkawal, maka cukupla sekadar sebiji seminggu sebagai kawalan….

Lagi pun, satu lagi kelebihan makan dalam bentuk kapsul nie, kita terlepas dari merasa “kemanisan” (heheee.. pahitnya) buah tunjuk langit nie… Ianya mudah.. tak perlu nak dikupas kulitnya sebelum dimakan… Maklum la… manusia suka kepada benda-benda yang mudahh….

¬†Termasukla aku…

Bagi sesiapa yang mengamalkan makan buah tunjuk langit nie, boleh la cuba dalam bentuk kapsul pulakkk…

12 comments

    • bujang3

      Entahla Man… Setakat nie, bekalan masih ada.. Eh.. Kalau ko nak datang rumah aku, tak payah ada alasan pun tak per… Bila-bila pun boleh, cuma calling-calling lah dulu, kot aku ada hal lain pulak..

  1. donnyien

    hai bro bujang3,
    pernah dengar nama ubat ni tapi tidak pernah mengambilnya. Jika ada yang ingin menurunkan gula dalam badan bolehlah mencuba kapsul ni..

  2. Abdullah hasan

    Sapa2 nak beli mudah je minta alamat dan pesanan pos laju esok terima produk dari pklahj. pasar lam loken ipoh sms 013552327 insyallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s